Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Jenazah 15 tahun masih sempurna

Mansor menunjukkan kubur yang jenazahnya masih sempurna walaupun sudah dikebumikan 15 tahun lalu.ALOR SETAR - Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini, kelmarin.

Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan tanah perkuburan masjid terbabit untuk menggali bagi mengebumikan jenazah baru bersebelahan kubur berkenaan.

Menurutnya, pihaknya menggali kubur kepada seorang saudaranya yang meninggal dunia kerana sakit jantung untuk dikebumikan bersebelahan dengan kubur terbabit.

"Selepas menggali tanah sedalam satu meter, tiba-tiba tanah bersebelahan itu runtuh dan kami mendapati sebuah keranda yang masih sempurna di dalamnya. Kami terkejut kerana difahamkan kubur itu sudah lama dikebumikan iaitu kira-kira 15 tahun lalu.

"Bagaimanapun keranda itu masih sempurna seperti baharu sahaja dikebumikan. Apa yang pelik ialah kami melihat keranda itu berada di dalam ruang yang kosong dan tanah tidak pula menutupi keranda itu," katanya kepada Sinar Harian.


Kain kafan masih putih

Mansor berkata, bagi memastikan keadaan jasad terbabit, dia membuka keranda itu dan melihat jenazah masih lagi sempurna dan tilam yang ada di dalam bagi melapik jenazah masih lagi kelihatan seperti baru.

"Oleh kerana kerja menggali kubur terpaksa dilakukan, saya memegang jenazah dan menolak keranda itu masuk ke dalam dan merasai jasad terbabit seperti baru dikebumikan," katanya.

Katanya, kain kafan jenazah pula masih lagi putih dan tidak berbau.

"Pengalaman itu merupakan kali kedua saya alami sejak menjadi penggali kubur hampir 40 tahun di tanah perkuburan ini.

"Sebelum ini, pada 1980-an, saya serta beberapa rakan pernah terdengar ketukan sesuatu dari dalam kubur hingga menyebabkan imam terpaksa dipanggil bagi menyelesaikannya," katanya.

Menurutnya, jenazah masih sempurna ditemui itu ialah seorang guru, Mohd Najib Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Mersing, Johor dan jenazah dibawa pulang dari Mersing dan dikebumikan di situ.


Syukur kebesaran ALLAH SWT

Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdullah Omar, 75, dari Kampung Alor Melong di sini, berkata, semasa keluarganya mendapat tahu tentang keadaan jenazah anaknya itu, dia sungguh terharu dan bersyukur dengan kebesaran ALLAH SWT.

Katanya, semasa kerja menggali kubur dilakukan, seorang daripada anaknya juga turut berada di situ melihat kerja dan terkejut apabila melihat jenazah abang sulung mereka masih sempurna.

"Pada masa itu, semua yang ada di situ tergamam melihat kubur yang sekian lama itu masih lagi sempurna apatah lagi keranda itu seperti berada di dalam gua.

"Seorang dari anak saya bersyukur kerana inilah pengalaman pertamanya melihat jenazah lama yang masih lagi sempurna apatah lagi darah daging mereka sendiri," katanya.

Abdullah berkata, semasa arwah dikafankan serta dibawa pulang dengan kenderaan jenazah dahulu, pemandu kenderaan terbabit memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang perjalanan dari Mersing,  dia sentiasa terhidu bau wangi di dalam kenderaan sehinggalah tiba di kampungnya.

"Bagaimanapun pada masa itu pakcik hanya mendengar sahaja dan berdiam. Tetapi dengan peristiwa ini, sekali lagi ALLAH SWT menunjukkan kebesaran terutama kepada kita yang masih hidup ini," katanya.


Al-Quran jadi teman rapat

Menurutnya, semasa meninggal dunia, anaknya itu berusia 29 tahun dan dia seorang yang pendiam serta tidak banyak bercakap tetapi suka menolong saudara-mara dan rakan-rakannya.

"Dia tidak pernah ingkar arahan jika diberikan tanggungjawab malah kerap membantu ibunya di dapur. Sebelum menjadi guru, dia pernah tinggal di Maahad Tahfiz  Al-Quran Derga selama beberapa bulan dengan bekerja sebagai warden di situ.

"Selain itu, arwah anak saya juga turut mengajar akademik kepada pelajar tahfiz di situ serta turut menjadi imam. Al-Quran merupakan teman rapatnya walaupun dia tidak menghafalnya," katanya.

Mansor berkata, semasa arwah anaknya itu menetap di maahad terbabit, pelajar di situ sangat sukakannya sehingga setiap kali tibanya musim cuti persekolahan, dia akan pulang melawat pelajar serta sentiasa prihatin dengan pengajian mereka.

"Di antara anak didiknya di maahad terbabit ialah bekas Adun Bukit Lada, arwah Ahmad Izzat Shauki,” katanya.

Friday, December 12, 2014

Al-Quran peneman setia

KOTA BHARU - Penuntut Perubatan Universiti Zagazig, Mesir, Muhammad Syafiq Abdullah Hashim yang parah akibat kemalangan di negara itu, September lalu, kini hampir 90 peratus sembuh, berkat amalan membaca al-Quran.

Bapanya, Abdullah Hashim Omar, 69, berkata, walaupun pakar dan pegawai perubatan yang merawat anak ketujuh daripada lapan beradik itu meminta dia dan isteri, Nor Hayati Mahmood, 59, bersedia kehilangan Muhammad Syafiq, namun mereka tidak pernah putus asa berdoa dan berikhtiar.

“Tidak ada apa yang dilakukan, selain membaca al-Quran sepanjang masa, di samping melakukan solat sunat dan hajat memohon kesembuhan buat Muhammad Syafiq.

“Naluri saya dan isteri begitu kuat mengatakan anak kami akan kembali seperti sebelumnya. Alhamdulillah, ALLAH SWT makbulkan doa kami dan seluruh dunia yang turut berdoa untuk Muhammad Syafiq,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Ketereh, semalam.

Abdullah Hashim yang juga pesara guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) berkata, hampir dua bulan menemani anaknya yang koma akibat kemalangan itu, hanya al-Quran menjadi peneman setianya dan isteri.

“Bukan sahaja kami, malah pakar dan pegawai perubatan yang bertanggungjawab merawat anak kami turut terkejut dengan perkembangan positif ini kerana mereka sendiri tidak pernah meletakkan keyakinan untuk Muhammad Syafiq sedar,” katanya yang juga guru al-Quran.

Menurutnya, anaknya itu sedar daripada koma pada 30 Oktober, jam 4.15 petang (waktu Malaysia), namun Muhammad Syafiq tidak mengenali orang di sekeliling termasuk ibu bapa dan rakannya.

Sementara itu, Muhammad Syafiq berkata, fikirannya kosong ketika pertama kali membuka mata selepas ‘tidur’ dalam tempoh panjang, malah dia mengambil masa beberapa hari untuk mengenali ibu bapa dan rakan, sebaliknya mengenali jururawat dan doktor yang merawatnya.

Dalam kejadian 4 petang (waktu Malaysia) 4 September lalu, Muhammad Syafiq parah, manakala tiga rakannya, Muhammad Miftahuddin Sufiyan, Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar cedera selepas tayar teksi yang dinaiki, dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah meletup sebelum kenderaan itu terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah.

Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang, koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sepanjang tempoh berkenaan sebelum dibenarkan pulang pertengahan November lalu, dan kembali ke Malaysia, kelmarin.

Muhammad Syafiq membaca catatan yang dibuat bapanya sejak hari pertama dia terlibat dalam kemalangan tersebut sehingga dua hari sebelum mereka berangkat pulang ke Malaysia, Ahad lalu.

Muhammad Syafiq membaca catatan yang dibuat bapanya sejak hari pertama dia terlibat dalam kemalangan tersebut sehingga dua hari sebelum mereka berangkat pulang ke Malaysia, Ahad lalu.

Wednesday, October 9, 2013

jasa seorang ibu

Anak penguat semangat


Anak penguat semangatKAMPUNG MIA - Kasih ibu membawa ke syurga. Begitulah gambaran ketabahan Suriani Othman, 45, dalam membesarkan enam anak, tambahan pula tiga daripadanya mengalami masalah lembam.

Suriani berkata, biarpun ditakdirkan bergelar ibu tunggal setelah bercerai lima tahun lalu, namun anak-anak menjadi penguat semangat menyebabkan dia tidak pernah mengalah dan sanggup mengerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Menurutnya, sebelum ini dia melakukan pelbagai kerja termasuk mengambil upah menyapu rumah orang, namun kini dia bekerja sebagai tukang sapu di bandar Kuala Berang dengan pendapatan kira-kira RM630 sebulan, selain mengurut.

“Membesarkan anak-anak sendirian bukan mudah. Namun sebagai ibu, kekuatan itu muncul sendiri apabila melihat mereka. Mahu atau tidak, naluri keibuan mendorong kita lakukan apa sahaja untuk mencari rezeki halal.

“Kalau ikutkan memang tidak cukup, namun syukur rezeki untuk saya dan anak-anak sentiasa ada. Sumbangan beras khususnya pada Ramadan biasanya boleh digunakan untuk setahun.

Malah, saya turut menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan bagi meringankan beban membesarkan anak-anak,” katanya.

Suriani berkata, anak sulungnya, Nur Hafizah Mohd Rizal, 19, bekerja di sebuah kedai makan di Marang, manakala lima lagi masih belajar termasuk Nur Hasliza, 13; Nur Hidayah, 12 dan Mohd Izat Naim, 7, di kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.

Menurutnya, anak kedua, Nur Malina, 18, pula belajar di sebuah kolej di Rusila, Marang dan anak bongsu, Nur Laily Alzahra, 5, di tadika.

"Sebelum ini, hanya Nur Hasliza dan Nur Hidayah lembam, namun baru-baru ini saya agak terkejut apabila dimaklumkan Mohd Izat juga alami masalah sama. Mereka kini belajar di sekolah sama.

"Memandangkan hanya seorang anak lelaki, pastinya dia menjadi harapan saya sekeluarga. Namun, siapa kita untuk melawan ketentuan-Nya.

Walaupun menjaga anak-anak sebegini amat menguji kesabaran kerana mereka sebenarnya sensitif dan mudah memberontak, namun saya reda serta cepat-cepat beristighfar,” katanya.

Suriani berkata, dia menaruh harapan besar kepada anak sulung dan keduanya agar dapat menjaga adik-adik, bagaimanapun selagi terdaya, dia akan terus memerah keringat mencari rezeki untuk mereka.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/anak-penguat-semangat-1.209805

Tuesday, October 1, 2013

Kekurangan fizikal bukan penghalang

  • Cacat fizikal bukan penghalang Mat Jamil beriringan dengan isterinya, Hedza Azwin ketika majlis sambut menantu di rumahnya di Felda Bukit Bading, kelmarin.
1 / 1
FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook, namun saya dapat rasakan suami seorang yang baik hati. Melihat sendiri dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat mengatakan dia bukan OKU biasa.”

Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yang disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.

Hedza Azwin yang berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dengan suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan.

Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yang begitu mengambil berat dan baik hati.

“Suami bekerja sebagai pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta.

"Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang-calang orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yang berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yang sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami.

“Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya.

REZEKI PEMBURU SAMPAH


  • Rezeki si pemburu sampah Yusof (kiri) dibantu rakannya, Ismail Nur Mohamad, 27, memunggah televisyen rosak untuk dijual di kedai barangan lusuh di Kuala Terengganu.
1 / 2
MARANG - “Di mana sahaja ada sampah, di situ pasti ada rezeki saya.” Demikian luahan seorang lelaki Rohingya, Yusof Mohd Husin, 37, yang menetap di daerah ini dengan menjadikan kerja mengutip tin dan barangan lusuh sebagai kerjaya bagi menyara hidup bersama isteri serta tiga anaknya sejak 15 tahun lalu.

Bagi sebahagian daripada kita, sampah sudah pastinya adalah barangan buangan yang kotor dan menjijikkan, tetapi bagi sesetengah orang termasuk Yusof serta keluarganya, rezeki mereka sebahagian besar datangnya daripada longgokan sampah.

Dia yang berhijrah ke negara ini kira-kira 15 tahun lalu, mampu meraih pendapatan melebihi RM500 sebulan bagi membesarkan tiga anaknya berusia 3 hingga 17 tahun termasuk membayar sewa rumah serta keperluan lain.

“Banyak barang bernilai dalam longgokan sampah. Saya mencari barang-barang terbuang seperti tin, besi dan peralatan elektrik. Saya boleh dapat sebanyak RM30 hingga RM50 sehari dan pendapatan kadangkala lebih RM500 sebulan.

“Bagaimanapun, saya tidak bekerja setiap hari. Kalau malas saya dapat sikit, tapi kalau rajin saya akan dapat pendapatan agak lumayan untuk membesarkan anak-anak serta membayar sewa rumah dan menyediakan keperluan lain,” katanya.

Tidak mahu simpati

Yusof berkata, pada awal kedatangannya pada 1998, dia tidak terlibat dengan kerja-kerja mencari sampah, sebaliknya melakukan pelbagai kerja lain seperti buruh kontrak dan sebagainya.

“Ketika itu saya buntu memikirkan cara hendak mencari duit dan kebetulan ada ramai kawan mencari barangan lusuh. Saya pun mula mencari barangan lusuh daripada longgokan sampah selepas tinggal di daerah ini dan menjualnya.

“Dari situ saya tidak berfikir panjang untuk mencari pelbagai barangan boleh dijual semula dalam longgokan sampah kerana pendapatannya agak lumayan,” katanya yang menjadikan sebuah motosikal roda tiga sebagai tempat meletakkan barang.

Setelah mendapat barang-barang agak bernilai, Yusof akan membawa balik semua barang dikutip itu ke rumahnya di Rusila, di sini, untuk diasingkan ke dalam plastik dan kemudiannya dijual ke kedai barangan lusuh di Kuala Terengganu.

“Saya buat kerja ini kerana tidak mahu meminta simpati daripada masyarakat. Selagi tulang empat kerat saya terdaya, saya akan bekerja untuk mencari rezeki halal,” katanya.

Makin banyak persaingan

Yusof berkata, suatu ketika dahulu, dia boleh mendapat pendapatan lumayan hasil jualan barangan lusuh, namun kini pendapatan makin kurang kerana banyak persaingan.

“Kini ramai sangat orang mencari sampah, jadi saya perlu berusaha lebih sedikit untuk mendapatkan kawasan longgokan sampah yang baru di sekitar daerah ini,” katanya.

Ketika ditanya tidakkah timbul perasaan jijik di hatinya apabila menyelongkar dan mengasingkan semua sampah-sampah ditemuinya itu, Yusof berkata, sekiranya ada perasaan tersebut, sudah pasti mereka akan hidup susah di bumi bertuah ini.

“Sebenarnya di mana-mana sahaja di bumi ALLAH ini ada rezeki halal. Kita hanya perlu rajin berusaha. Malah, saya dan rakan-rakan yang datang ke negara ini tidak sewajarnya memilih kerja, asalkan kerja itu adalah halal,” katanya.

Yusof dan rakan-rakan khususnya yang datang sebagai pelarian dari Myanmar, sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap kerana mereka hanya memegang kad UNHCR.

Difahamkan, pemegang kad UNHCR warga Myanmar tinggal di negara ini atas ihsan sementara menunggu UNHCR mengusahakan penempatan ke negara ketiga kepada pelarian negara itu.

Wednesday, July 17, 2013

Pasangan suami isteri yang cukup mengagumkan :B




SUBHANNALLAH.. Tersentak saya bila melihat gambar pasangan suami isteri yang pada saya cukup unik ini. Saya kongsikan gambar yang mengharukan ini untuk tatapan semua agar kita tahu betapa hebatnya perancangan yang maha Esa.

Jika asas perkahwinan kerana HARTA,
pasangan bakal bercerai jika EKONOMI goyah..

Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN,

pasangan akan mencari alasan untuk pergi
jika rambut dah beruban dan muka dah berkedut..

Jika asas perkahwinan kerana PERIBADI,

pasangan akan lari jika berubah tingkah laku..

Jika asas perkahwinan kerana NAFSU,

pasangan akan bertengkar
jika kehendak tidak memuaskan..

Namun,


Jika asas perkahwinan kerana Allah,

sesungguhnya Allah itu kekal dan
maha pemberi kepada setiap makhlukNya...

Sumber

Friday, May 31, 2013

iktibar

Aku dan Ustaz Azizan: Catatan jimat cermat

Muhammad Sanusi Md Nor, 30 Mei 2013
Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan

Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.

Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.

Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai  dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.

Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya).

Berjimat cermat

Menjadi amalan dan berdasarkan  kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.

Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta," katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz.

Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah berapa? RM444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.

Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.

Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat.

Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800  untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.

Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang.

Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat  yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan)  duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya. - http://sanusimdnor.blogspot.com/