- Mat Jamil beriringan dengan isterinya, Hedza Azwin ketika majlis sambut menantu di rumahnya di Felda Bukit Bading, kelmarin.
Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yang disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.
Hedza Azwin yang berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dengan suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan.
Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yang begitu mengambil berat dan baik hati.
“Suami bekerja sebagai pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta.
"Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang-calang orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yang berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yang sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.
Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami.
“Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.