Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

pesanan

Dosa lama usahlah di ungkit lagi, di sebut atau di bangga, kerana semua itu telah di padam di sisiNya setelah taubat yg di pinta suatu masa lalu, untuk apa lagi di buka dan di ulang dan di ulang, tidakkah Dia (Allah) Maha Penyayang dengan hambanya, usahlah bercerita lagi dengan manusia, kerana manusia tak mampu melakukan apa apa terhadap kita melainkan menambahkan kebencian yang telah sedia ada..Diamlah!! sekali lagi diamlah! mengertilah, kekuatan taubat itu memadamkan seluas bumi dan langit terhadap timbunan dosa.. Kasih Sayang Allah terlalu luas utk hambanya.. sebelum mata terpejam lena...

sumber : fb ustaz ahmad dusuki abd.rani

pesanan

Wahai anakku,

Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu anakanda menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.
10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Dari ayahandamu.

sumber fb tuan ibrahim tuan man

Saturday, January 5, 2013

Pesanan Syeikh Ali As Soubuni:

Pesanan Syeikh Ali As Soubuni:

" Kamu semua mesti ada niat untuk berjuang dan mati syahid, jika ada niat walaupun kamu mati ditempat tidur kamu maka kamu akan dapat pahala syahid ."

nasihat

Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Farsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:
“Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersama mu agar berTAKWA kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya TAKWA adalah sebaik-baik persediaan dan strategi paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersama mu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus di kalangan kamu sendiri, lebih dari maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah SWT. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita.”

sumber :fb titm

nasihat


  1. Janganlah kamu bermalam dengan dosa- daosamu, melainkan emgkau bertaubat kepada Tuhanmu. Kerana tidur adalah saudara kepada kematian. 
  2. Maafkanlah semua kesalahan orang kepadamu, 
  3. tulislah segala hutang- hutangmu, 
  4. dan janganlah engkau dengki kepada sesiapapun di dunia ini semata- mata kerana kamu lihat kelebihannya. 
  5. Setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan memgembirakan kamu nanti di hadapan Tuhanmu?.
  6. Aku seringkali bimbang sedikitnya amalanku, kurangnya keikhlasanku, dan sedikitnya pengorbananku kepada agamaNya. Aku hanya mengharapkan rahmat Tuhanku setiap waktu agar diampuni segala dosa- dosaku, diberkati kehidupanku dan dirahmati umurku, sehingga aku bertemu denganNya dalam keadaan Dia redha kepadaku dan tentunya aku hambanya yang kerdil ini akan redha kepadaNya.
  7. Setiap detik masa yang berlalu, jangan engkau sia- siakannya dengan perkara yang tidak menguntungkan kamu di dunia dan menyusahkan kamu di akhirat. Gunakanlah masa yang ada bagi mencari redha Tuhanmu di dunia. Gembiralah dan berseronoklah dalam ruang yang Allah izinkan. zahirkanlah nikmat yang dikurniakannya dengan menyalurkan kepada keredhaan Tuhanmu
  8. Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.


sumber :fb tuan ibrahim t.man