- Janganlah kamu bermalam dengan dosa- daosamu, melainkan emgkau bertaubat kepada Tuhanmu. Kerana tidur adalah saudara kepada kematian.
- Maafkanlah semua kesalahan orang kepadamu,
- tulislah segala hutang- hutangmu,
- dan janganlah engkau dengki kepada sesiapapun di dunia ini semata- mata kerana kamu lihat kelebihannya.
- Setiap manusia membawa amalannya di hadapan Allah. Para syuhada' akan gembira dengan darah syuhada' mereka. Para dermawan akan gembira dengan dermanya, para pejuang akan gembira dengan perjuangannya, para abid akan turut gembira dengan amalan ibadahnya. Wahai anakku, apakah yang akan memgembirakan kamu nanti di hadapan Tuhanmu?.
- Aku seringkali bimbang sedikitnya amalanku, kurangnya keikhlasanku, dan sedikitnya pengorbananku kepada agamaNya. Aku hanya mengharapkan rahmat Tuhanku setiap waktu agar diampuni segala dosa- dosaku, diberkati kehidupanku dan dirahmati umurku, sehingga aku bertemu denganNya dalam keadaan Dia redha kepadaku dan tentunya aku hambanya yang kerdil ini akan redha kepadaNya.
- Setiap detik masa yang berlalu, jangan engkau sia- siakannya dengan perkara yang tidak menguntungkan kamu di dunia dan menyusahkan kamu di akhirat. Gunakanlah masa yang ada bagi mencari redha Tuhanmu di dunia. Gembiralah dan berseronoklah dalam ruang yang Allah izinkan. zahirkanlah nikmat yang dikurniakannya dengan menyalurkan kepada keredhaan Tuhanmu
- Semoga Allah sentiasa memelihara segala perbuatan kita.
sumber :fb tuan ibrahim t.man
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.