Wednesday, April 23, 2014

Habbatus Sauda

salam...saya ada menjual habbatus sauda..siapa yang berminat boleh dapatkan dengan harga yang terbaik......




      RM 11  sekotak  
         Setiap kotak mengandungi 30 kapsul 
    Berat 500 gram
                                                        




      RM 11  sekotak  
         Setiap kotak mengandungi 30 kapsul 
      Berat 450 gram 
keluaran pharmaniaga/halal 

Untuk mendapatkan produk di atas, sila hubungi saya melalui emel, telefon atau sms. Hantaran COD percuma hanya di Kuala Terengganu dan 10km kawasan persekitarannya dengan syarat beli tidak kurang daripada 3 kotak). Penghantaran melalui Poslaju dikenakan kos penghantaran 


Kos Pos Laju
1 - 10 kotak
RM 6 - Semenajung
RM10 - Sabah /Sarawak

11 - 20 kotak
RM8 - Semenajung
RM13 - Sabah /Sarawak

30 kotak keatas
RM 9 - Semenajung
RM15 - Sabah /Sarawak

 Belian lebih daripada 10 kotak harga boleh dirunding

sila hubungi emel disebelah------>>>


Tuesday, February 11, 2014

tip kebahagiaan rumahtangga



Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Kalau ikut kata nafsu, mata dan perhatian hanya tertumpu pada dada dan gerak tubuh.
Namun sebenarnya apabila sudah anda miliki seseorang wanita itu, perlu untuk dijadikan panduan dan ilmu penting bagi anda mengetahui bahagian mana sebenarnya perlu diberikan perhatian lebih.

Ketahuilah yang wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya membantu dirinya terangsang.

Antaranya termasuk rambut. Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggayakan rambut memberi kepuasan hati wanita.

Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tapi boleh membuatkan pasangan anda lebih manja.

Keduanya adalah pinggul. Fokus pada pinggul pasangan adalah idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda.

Menyentuh pinggul pasangan anda akan menimbulkan ‘getaran’ buat pasangan kerana ia dianggap situasi romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Ketiga pula adalah bahagian kakinya. Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan yang mendebarkan. Kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih manja di sisi anda.

Guna minyak aromaterapi atau losyen yang membantu memberi rasa ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda.

Keempat adalah telinga pasangan anda itu. Ramai yang tidak tahu yang telinga juga adalah bahagian sensitif wanita. Percaya atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil memandang tepat pada matanya.

Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga mereka sambil bisik perkataan ‘You look sexy’.

Kelima pula, tapak tangan. Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tapi jarang mengetahui mengenai kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap anda.

Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan membuatkan mereka lebih bertenaga.

Keenam dan terakhir bahagian rahsia wanita selain tubuh lain adalah bahunya. Satu daripada cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu.

Menyentuh belakang badan serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya.

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan pemalu. Mengetahui bahagian lain yang belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan kemahuan anda...

sumber : harian metro

Wednesday, January 8, 2014

kesabaran seorang ibu & ketabahan seorang anak

Usahlah Pandang Hina Kecacatan Adik Damia

Rosnaini tetap tabah membesarkan Damia dan memberikannya pelajaran.
HULU TERENGGANU: Tanggal 31 Ogos yang lepas mencatat sejarah tersendiri kepada sepasang suami isteri Rosnaini Mohamad dan Dr Daeng Malis Ab Kahar apabila dapat bertemu dengan pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vujicic.
Bukanlah kerana personaliti hebat itu seorang yang terkenal di seluruh dunia, namun pertemuan itu disifatkan Rosnaini sebagai hadiah daripada Allah yang mahu beliau terus tabah dalam membesarkan insan teristimewa dalam kehidupan mereka sekeluarga iaitu Nur Damia Irsalina.
Anak ketiga daripada empat beradik yang berusia enam tahun itu lahir tanpa kaki dan tangan, sama seperti pakar motivasi itu.
"Enam tahun saya menunggu, memasang impian, tak berhenti berdoa agar kami dapat bersua dengan Nick Vujicic dan memperoleh kekuatan berganda untuk terus membimbing anak saya seorang yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara apabila beliau dewasa kelak.
"Setiap hari, tanpa jemu saya tontonkan kepada anak saya video pakar motivasi itu yang dapat menjalani kehidupan sama seperti manusia normal lain agar dia terus kuat dan tabah," katanya memulakan bicara ketika dikunjungi Bernama di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, kira-kira 30 kilometer dari Bandar raya Kuala Terengganu.
Mengimbas semula kenangan manis sewaktu melahirkan Kak Nik (nama timangan Nur Damia Irsalina) pada 30 Jun, 2007, Rosnaini berkata semuanya berjalan lancar sepanjang kehamilan.
Mimpi lahir anak istimewa
Cuma saya perasan, pergerakan bayi dalam kandungan ketika itu agak perlahan, tiada tendangan yang kuat seperti ketika saya mengandungkan dua lagi kakaknya sebelum itu, kata jururawat itu.
Damia bejalar menulis menggunakan kakinya.
"Malah, dua malam sebelum kelahiran Kak Nik, saya bermimpi mendengar suara yang menyatakan saya akan melahirkan anak istimewa, namun bila saya tanya apa dan bagaimana, suara misteri itu hanya menyuruh saya melihat bayi itu sendiri selepas dilahirkan.
"Hampir waktu bersalin, doktor memaklumkan saya perlu dibedah kerana kedudukan bayi yang masih songsang, namun sebaik tiba di bilik pembedahan, saya terus berasa sakit dan mampu melahirkan Kak Nik secara normal dengan mudah", katanya tersenyum apabila mengingati semula detik penuh bermakna dalam kehidupan seorang wanita.
"Doktor, bagaimanapun menunggu kehadiran seorang lagi doktor pakar sebelum menyerahkan Kak Nik kepada saya dan apabila disuruh bersabar dan bersyukur terpilih sebagai insan bertanggungjawab memelihara anak istimewa, saya mula berdebar-debar.
"Saya tergamam apabila melihat bayi saya ketika itu, namun entah bagaimana datangnya kekuatan, tiada setitik air mata yang berlinang, sebaliknya saya terus mendakap Kak Nik dan mencium wajah comelnya, sama seperti anak lain," katanya yang hanya mula menangis kesedihan apabila memikirkan masa depan puteri ketiganya itu yang terpaksa hidup sebagai insan kurang upaya.
Ketika wanita lain yang menjalani proses berpantang ceria bersama bayi mereka, Rosnaini terus dirundung duka memikirkan masa depan bayinya itu yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup sebagai insan istimewa.
Kehadiran si suami yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat sedikit sebanyak mampu merawat duka yang terpendam sehinggalah pada Disember 2007, ketika Kak Nik berusia empat bulan, pasangan ini menonton video mengenai Nick Vujicic yang memaparkan kemampuannya berdikari.
Vujicic turut dilahirkan tanpa kaki dan tangan tetapi aktif menjalani kehidupan seperti biasa dan sehinggakan beliau memberi motivasi kepada mereka yang lain.
Video itu menunjukkan betapa gembiranya Vujicic mempamerkan kehebatannya berenang, meluncur ombak dan bermain segala bentuk jenis sukan dan menikmati hidup sama seperti insan normal lain.
"Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu dan saya menangis keriangan kerana buat pertama kalinya saya melihat masih ada sinar untuk anak saya di dunia ini.
Papan roda ini digunakan untuk bergerak.
"Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Vujicic, termasuk kisah peribadinya, kerjayanya dan kecemerlangannya yang menjadi sumber inspirasi kepada kami sekeluarga," katanya tersenyum. Seiring tumbesaran Kak Nik, saya sentiasa mengingatkan kepadanya agar bersyukur kerana dipilih Allah untuk diuji sebegini.
Walaupun ada kalanya Rosnaini yang hampir berputus asa dan setiap kali melihat beliau menangis, Kak Nik pula yang memujuknya agar jangan bersedih dan berjanji akan menjadi insan terbaik dalam hidup ini.
Apabila mengetahui Vujicic datang ke Kuala Lumpur pada Ogos lepas, pasangan ini terus ke ibu negara untuk bertemu sendiri dengan idola mereka selama ini.
Walau dalam kesamaran, tidak mahir selok-belok jalan raya di ibu kota, dengan berpandukan GPS mereka menghala ke tempat Vujicic menyampaikan ceramahnya.
"Malangnya kami tidak dibenarkan masuk ke gereja tempat Vujicic berceramah atas alasan kami orang Islam, namun kami terus menunggu kelibatnya di luar dan berhasrat mahu mengekorinya hingga ke hotel penginapan agar dapat memenuhi hajat kami yang mahu bertentang mata dengannya.
"Memang rezeki kami, sebaik Vujicic keluar, kami terus mengekori rapat van yang dinaikinya sehingga van itu berhenti di sebuah stesen minyak dan di situlah kami sekeluarga berlari ke arah van itu untuk menyatakan hasrat kami kepada Vujicic," katanya yang gembira apabila selebriti itu meluangkan masa untuk meraikan mereka dengan makan malam di hotel.
Vujicic banyak bercerita tentang pengorbanan ibunya kepada Rosnaini di mana segala cabaran yang dilalui adalah sama seperti pengalaman jururawat ini yang akhirnya berjaya menyuntik semangat luar biasa untuk beliau terus melakukan yang terbaik buat Kak Nik.
"Mata Kak Nik bersinar-sinar sepanjang pertemuan itu dan kelihatan beliau sangat teruja melihat sendiri idolanya berada di depan mata, umpama mimpi menjadi kenyataan.
"Vujicic juga sempat memberi kata-kata semangat untuk Kak Nik yang direkod dalam video dan beliau pesan agar kami menayangkan video itu kepada Kak Nik apabila beliau dewasa kelak," katanya yang sangat gembira apabila Kak Nik mula menunjukkan perubahan ketara selepas pertemuan itu.
Terkilan pandangan negatif masyarakat
Mengakui membesarkan Kak Nik sebagai pengalaman paling manis dalam hidupnya, ibu kepada empat cahaya mata ini bagaimanapun masih terkilan dengan pandangan negatif masyarakat terhadap insan OKU.
Masih terdapat diskriminasi terhadap OKU dan jika dibandingkan penerimaan orang Barat dengan masyarakat kita, umpama langit dengan bumi, keluh Rosnaini apabila teringat kembali kegagalannya mendapatkan peruntukan khas untuk OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan alasan beliau dan suaminya bekerja.
Suaminya, Dr Daeng Malis yang juga seorang doktor perubatan di klinik Universiti Malaysia Terengganu pula berharap masyarakat tidak terus memandang serong kepada OKU seolah-olah kehadiran golongan ini membebankan mereka.
Nick Vujicic (kiri) yang turut dilahirkan sebagai OKU memberi semangat kepada Damia.
"Lain pula, dengan masyarakat luar negara yang begitu prihatin dengan kebajikan OKU dan sanggup mendahulukan keselesaan mereka dalam apa juga perkara," katanya.
Ketika ini, Kak Nik bersekolah di Tadika Kemas Kampung Kuala Telemong dan dia mampu mengenal abjad, menulis nama sendiri menggunakan tangan atau kaki serta menghafaz ayat Kursi dan beberapa surah lazim yang lain.
Bagaimanapun, kecerdasan Kak Nik seakan tidak bermakna apabila permohonannya untuk memasuki sebuah sekolah di tempat tinggalnya seolah-olah dipandang acuh tidak acuh oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.
"Anak kami tidak boleh belajar di sekolah khas kerana ia hanya khusus untuk anak istimewa yang melibatkan masalah lembam pembelajaran sedangkan Kak Nik telah disahkan doktor pakar sebagai seorang yang mampu belajar seperti kanak-kanak normal lain.
"Ini yang sangat saya risaukan kerana penggal persekolahan 2014 akan bermula dua bulan lagi sedangkan permohonan kami untuk menghantar Kak Nik ke sekolah itu hanya dilayan hambar umpama melepaskan batuk di tangga," katanya. Lebih menghairankan Rosnaini apabila beliau membaca berita ada sekolah-sekolah yang sanggup menerima OKU, cuma komitmen guru yang menjadi penghalang ketika ini.
"Ada yang menyarankan kami agar mengupah guru datang mengajar di rumah, itu bukan yang kami mahukan kerana Kak Nik perlu bergaul dengan kawan-kawan di sekolah, malah kami akan menyediakan pembantu untuk membantu pergerakan Kak Nik di sekolah untuk ke tandas dan kantin," katanya yang jelas kecewa dengan layanan pihak sekolah terbabit.
Mahu jadi pendidik
Anak kecil itu pula apabila ditanya cita-citanya, pantas menjawab mahu menjadi seorang pendidik apabila dewasa nanti. "Kak Nik pun nak jadi macam Nick Vujicic, pandai...suka nasihat orang," katanya malu malu.
Walaupun sedar dengan kekurangan diri, anak kecil ini ternyata kuat semangat dalam meneruskan hidup dengan berdikari dan ramah dengan kawan-kawan di sekolah. "Jika Australia ada Vujicic, kami mahu Malaysia juga berbangga dengan Kak Nik yang akan kami beri didikan sempurna untuknya," kata Rosnaini dengan penuh harapan.
Harapan ibu bapa Kak Nik hanya satu, agar tiada diskriminasi terhadap puteri kesayangan mereka dalam menimba ilmu di sekolah dan harapan itu masih utuh dalam titipan doa mereka sehingga kini. -
sesungguhnya terdapat ibrah bagi kaum yang ingin mengambil pelajaran..al-Aayah  

sumber : http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2013/11/12/mstar_rencana/20131112181724&sec=mstar_rencana
 

Wednesday, October 9, 2013

jasa seorang ibu

Anak penguat semangat


Anak penguat semangatKAMPUNG MIA - Kasih ibu membawa ke syurga. Begitulah gambaran ketabahan Suriani Othman, 45, dalam membesarkan enam anak, tambahan pula tiga daripadanya mengalami masalah lembam.

Suriani berkata, biarpun ditakdirkan bergelar ibu tunggal setelah bercerai lima tahun lalu, namun anak-anak menjadi penguat semangat menyebabkan dia tidak pernah mengalah dan sanggup mengerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Menurutnya, sebelum ini dia melakukan pelbagai kerja termasuk mengambil upah menyapu rumah orang, namun kini dia bekerja sebagai tukang sapu di bandar Kuala Berang dengan pendapatan kira-kira RM630 sebulan, selain mengurut.

“Membesarkan anak-anak sendirian bukan mudah. Namun sebagai ibu, kekuatan itu muncul sendiri apabila melihat mereka. Mahu atau tidak, naluri keibuan mendorong kita lakukan apa sahaja untuk mencari rezeki halal.

“Kalau ikutkan memang tidak cukup, namun syukur rezeki untuk saya dan anak-anak sentiasa ada. Sumbangan beras khususnya pada Ramadan biasanya boleh digunakan untuk setahun.

Malah, saya turut menerima bantuan JKM sebanyak RM300 sebulan bagi meringankan beban membesarkan anak-anak,” katanya.

Suriani berkata, anak sulungnya, Nur Hafizah Mohd Rizal, 19, bekerja di sebuah kedai makan di Marang, manakala lima lagi masih belajar termasuk Nur Hasliza, 13; Nur Hidayah, 12 dan Mohd Izat Naim, 7, di kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang.

Menurutnya, anak kedua, Nur Malina, 18, pula belajar di sebuah kolej di Rusila, Marang dan anak bongsu, Nur Laily Alzahra, 5, di tadika.

"Sebelum ini, hanya Nur Hasliza dan Nur Hidayah lembam, namun baru-baru ini saya agak terkejut apabila dimaklumkan Mohd Izat juga alami masalah sama. Mereka kini belajar di sekolah sama.

"Memandangkan hanya seorang anak lelaki, pastinya dia menjadi harapan saya sekeluarga. Namun, siapa kita untuk melawan ketentuan-Nya.

Walaupun menjaga anak-anak sebegini amat menguji kesabaran kerana mereka sebenarnya sensitif dan mudah memberontak, namun saya reda serta cepat-cepat beristighfar,” katanya.

Suriani berkata, dia menaruh harapan besar kepada anak sulung dan keduanya agar dapat menjaga adik-adik, bagaimanapun selagi terdaya, dia akan terus memerah keringat mencari rezeki untuk mereka.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/anak-penguat-semangat-1.209805

Tuesday, October 1, 2013

Kekurangan fizikal bukan penghalang

  • Cacat fizikal bukan penghalang Mat Jamil beriringan dengan isterinya, Hedza Azwin ketika majlis sambut menantu di rumahnya di Felda Bukit Bading, kelmarin.
1 / 1
FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook, namun saya dapat rasakan suami seorang yang baik hati. Melihat sendiri dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat mengatakan dia bukan OKU biasa.”

Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yang disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.

Hedza Azwin yang berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dengan suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan.

Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yang begitu mengambil berat dan baik hati.

“Suami bekerja sebagai pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta.

"Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang-calang orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yang berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yang sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.

Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami.

“Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya.

REZEKI PEMBURU SAMPAH


  • Rezeki si pemburu sampah Yusof (kiri) dibantu rakannya, Ismail Nur Mohamad, 27, memunggah televisyen rosak untuk dijual di kedai barangan lusuh di Kuala Terengganu.
1 / 2
MARANG - “Di mana sahaja ada sampah, di situ pasti ada rezeki saya.” Demikian luahan seorang lelaki Rohingya, Yusof Mohd Husin, 37, yang menetap di daerah ini dengan menjadikan kerja mengutip tin dan barangan lusuh sebagai kerjaya bagi menyara hidup bersama isteri serta tiga anaknya sejak 15 tahun lalu.

Bagi sebahagian daripada kita, sampah sudah pastinya adalah barangan buangan yang kotor dan menjijikkan, tetapi bagi sesetengah orang termasuk Yusof serta keluarganya, rezeki mereka sebahagian besar datangnya daripada longgokan sampah.

Dia yang berhijrah ke negara ini kira-kira 15 tahun lalu, mampu meraih pendapatan melebihi RM500 sebulan bagi membesarkan tiga anaknya berusia 3 hingga 17 tahun termasuk membayar sewa rumah serta keperluan lain.

“Banyak barang bernilai dalam longgokan sampah. Saya mencari barang-barang terbuang seperti tin, besi dan peralatan elektrik. Saya boleh dapat sebanyak RM30 hingga RM50 sehari dan pendapatan kadangkala lebih RM500 sebulan.

“Bagaimanapun, saya tidak bekerja setiap hari. Kalau malas saya dapat sikit, tapi kalau rajin saya akan dapat pendapatan agak lumayan untuk membesarkan anak-anak serta membayar sewa rumah dan menyediakan keperluan lain,” katanya.

Tidak mahu simpati

Yusof berkata, pada awal kedatangannya pada 1998, dia tidak terlibat dengan kerja-kerja mencari sampah, sebaliknya melakukan pelbagai kerja lain seperti buruh kontrak dan sebagainya.

“Ketika itu saya buntu memikirkan cara hendak mencari duit dan kebetulan ada ramai kawan mencari barangan lusuh. Saya pun mula mencari barangan lusuh daripada longgokan sampah selepas tinggal di daerah ini dan menjualnya.

“Dari situ saya tidak berfikir panjang untuk mencari pelbagai barangan boleh dijual semula dalam longgokan sampah kerana pendapatannya agak lumayan,” katanya yang menjadikan sebuah motosikal roda tiga sebagai tempat meletakkan barang.

Setelah mendapat barang-barang agak bernilai, Yusof akan membawa balik semua barang dikutip itu ke rumahnya di Rusila, di sini, untuk diasingkan ke dalam plastik dan kemudiannya dijual ke kedai barangan lusuh di Kuala Terengganu.

“Saya buat kerja ini kerana tidak mahu meminta simpati daripada masyarakat. Selagi tulang empat kerat saya terdaya, saya akan bekerja untuk mencari rezeki halal,” katanya.

Makin banyak persaingan

Yusof berkata, suatu ketika dahulu, dia boleh mendapat pendapatan lumayan hasil jualan barangan lusuh, namun kini pendapatan makin kurang kerana banyak persaingan.

“Kini ramai sangat orang mencari sampah, jadi saya perlu berusaha lebih sedikit untuk mendapatkan kawasan longgokan sampah yang baru di sekitar daerah ini,” katanya.

Ketika ditanya tidakkah timbul perasaan jijik di hatinya apabila menyelongkar dan mengasingkan semua sampah-sampah ditemuinya itu, Yusof berkata, sekiranya ada perasaan tersebut, sudah pasti mereka akan hidup susah di bumi bertuah ini.

“Sebenarnya di mana-mana sahaja di bumi ALLAH ini ada rezeki halal. Kita hanya perlu rajin berusaha. Malah, saya dan rakan-rakan yang datang ke negara ini tidak sewajarnya memilih kerja, asalkan kerja itu adalah halal,” katanya.

Yusof dan rakan-rakan khususnya yang datang sebagai pelarian dari Myanmar, sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap kerana mereka hanya memegang kad UNHCR.

Difahamkan, pemegang kad UNHCR warga Myanmar tinggal di negara ini atas ihsan sementara menunggu UNHCR mengusahakan penempatan ke negara ketiga kepada pelarian negara itu.

Monday, August 5, 2013

LOAN ASB UNTUNG ATAU RUGI?

LOAN ASB UNTUNG ATAU RUGI?

Analisis ringkas tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar
untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
dengan duit pinjaman bank).
Contoh simpanan ASB ...RM 100,000 yang terdiri dari
Deposit Tunai RM 5,000 RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9%
setahun) ==> Bayaran bulanan pinjaman RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kepada anda. Contoh: dividen 7% setahun,
anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan selepas
20 tahun, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan
anak dan sebagainya.

Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
Hasil pengiraan: jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk
mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan
dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)

Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8
tahun. Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan
menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan untuk 8 tahun juga, nilai
pelaburan selepas 8 tahun adalah RM 8,590.
Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.

Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kpd loan
Bagi pinjaman bank RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran
penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (harga kos)
Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000
dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
------------------------------------------------------------
----
Duit Yang Anda Terima = RM 240,000
------------------------------------------------------------
----

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 dlm masa 20 tahun
sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar = RM 64,641

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731
selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam
ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi = RM 383,018.

Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential
gain'
Nilai Pelaburan jika anda melabur dengan duit sendiri = RM 383,018
Nilai Perolehan jika anda ambil pinjaman = RM 240,000 (-)
----------------------------------------------------------------------------------------
--
---------------------
Kehilangan Untung
RM 143,018 (loss of potential gain)
================================================== ==========
======
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun
itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh
dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu
bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil
dari pelaburan anda.

Siapa yang rugi sebenarnya? ==> Anda
Sepatutnya anda boleh untung RM 143,018, tetapi anda cuma untung RM 64,641 sahaja
apabila guna ASB loan. Bank yang untung lebih RM 80,000. Oleh itu, lebih baik anda
simpan ASB menggunakan duit sendiri.

‪#‎mule‬ mengira sekarang#
sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=453447