Wednesday, June 19, 2013

Kekurangan diri jadi kekuatan si bapa

Kekurangan diri tidak dijadikan alasan untuk Suhairi Abdullah, 55, melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga kepada isteri dan dua anak perempuannya berusia 23 dan 17 tahun.
Biarpun tidak mampu berjalan kerana lumpuh dari bahagian pinggang ke kaki, kekurangan diri itu dijadikan kekuatan untuknya meneruskan hidup agar keluarganya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sempurna seperti orang lain.
Kemahiran menjahit yang dipelajarinya ketika berusia 14 tahun dijadikan panduan untuk dia mencari sumber pendapatan sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada ahli keluarga yang lain.

“Saya memulakan sesuatu yang baru selepas tamat kursus menjahit di Pusat Pemulihan Orang Cacat (kini dikenali Pusat Latihan Cheras).
Foto 
SUHAIRI dan Rohani sama-sama menjalankan perniagaan menjahit.

“Ketika itu, saya buat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dari Perak bagi mengikuti kursus menjahit ini.

“Walaupun kurang minat dengan menjahit, apabila memikirkan kursus lain seolah-olah tidak punya masa depan lebih cerah buat saya, saya nekad meneruskannya hingga tamat latihan,” jelasnya.

Dia memulakan hidup baru bersama wanita pujaan hatinya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Rohani Jaafar, dengan menamatkan zaman bujang pada 1987 ketika usianya 30 tahun.

Bermulalah kehidupan mereka membina mahligai bahagia sebagai pasangan suami isteri. Sejak itu, mereka menggunakan kemahiran menjahit dan mengambil tempahan baju di rumah.

Nasibnya bertambah baik apabila menerima bantuan dua mesin jahit daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), bagi memudahkan mereka menjana pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju.

“Selepas kira-kira enam tahun menjahit di rumah, kami mengambil keputusan untuk membuka kedai pada 1993 di Taman Keramat, Kuala Lumpur sehinggalah ke hari ini.

“Kedai jahit yang dikenali dengan nama Ani Fesyen ini turut menerima tempahan baju lelaki dan perempuan. Memang permintaan pelanggan tidak pernah putus sejak dulu lagi,” katanya.

Menceritakan kembali detik pertama kali bergelar ayah, Suhairi berasa begitu gembira. Namun, di sebalik kegembiraannya itu ada keperitan yang harus dilalui bapa tabah ini bersama isterinya.

“Semasa anak perempuan sulung saya masih kecil, kami tidak mempunyai pengangkutan lain selain daripada motosikal saja. Agak sukar bagi kami membawa motosikal untuk menjalani pemeriksaan anak di klinik.

“Memandangkan kami berdua tidak mampu berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak, saya terpaksa memilih untuk menaiki teksi ke klinik,” kata anak bongsu daripada lapan beradik ini.

Hanya selepas 17 tahun menjalankan perniagaan jahitan, barulah Suhairi dapat menaiki kereta sendiri. Ia juga sekali gus memberi kemudahan buat dirinya sekeluarga melawat serta menghantar anak-anak ke sekolah atau universiti.

Malah, Suhairi turut membelikan kereta untuk anak sulungnya bagi memudahkan mereka berjumpa ketika hujung minggu memandangkan anak sulungnya itu kini menyambung pengajian di universiti.

Tegasnya, walaupun hidup mereka berdua OKU, itu tidak bermakna perlu meraih simpati daripada orang lain. Baginya, dia harus berusaha sedaya upaya untuk memastikan ahli keluarganya mendapat kehidupan yang sempurna walaupun bukan dalam keadaan berada.

Dia juga sangat bersyukur kerana kedua-dua anaknya dilahirkan normal dan memastikan tanggungjawabnya dapat dilaksanakan dengan baik.

“Apabila sudah menjadi bapa, saya kena tahu mengenai tanggungjawab dan berusaha menjadikan anak-anak hidup dalam keadaan baik dengan keperluan mencukupi.

“Disebabkan kesedaran itu, saya dan isteri tidak mahu kekurangan diri kami membuatkan anak-anak menjadikannya sebagai kekurangan pada diri mereka.

“Saya sentiasa ingatkan pada anak-anak mereka juga mampu menikmati kesenangan yang orang lain lalui malah kadangkala melebihi rakan mereka yang lain,” jelasnya yang turut memiliki perniagaan membaiki basikal dan mengubah suai kenderaan OKU.

Tambah membanggakannya, kedua-dua anaknya memahami kekurangan yang ada pada diri ayah serta ibu mereka sekali gus tidak mahu meminta perkara yang menyusahkan dia dan isteri.

Atas berkat usaha gigih mencari pendapatan untuk anak-anak selain memberi galakan mencapai kejayaan, kini Suhairi berbangga kerana anak sulungnya berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam jurusan perakaunan.

Walaupun Suhairi hanya berjaya menamatkan zaman persekolahan sehingga darjah empat, itu tidak bermakna dia harus mengambil ringan soal pendidikan anaknya. Dia sering berpesan kepada mereka pelajaran mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Malah, dia turut menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi sukarelawan agar mereka dapat melakukan kerja kebajikan sekali gus membantu masyarakat dan negara.

Menariknya, Suhairi yang juga Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia yang mempunyai kira-kira 300 ahli seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak juga banyak memberi sokongan kepada ahlinya untuk terus maju.

“Saya mahukan golongan OKU lain juga berjaya kerana sesetengahnya ada yang hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Justeru, kami memberi ruang untuk bersama-sama berjuang dengan mereka.

“Disebabkan itu, kami banyak membuat aktiviti bersama bagi membantu ahli dari segi peralatan pergerakan, sokongan dan pendapat bagi mencari jalan penyelesaian untuk membuka perniagaan.

“Selain itu, setiap tahun juga persatuan ada melakukan kejohanan boling yang membabitkan semua kaum,” kata bekas Exco Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia itu.

Baginya, semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap cabaran pasti ada jalan untuk dilalui kerana kesusahan tidak boleh dielak walaupun terdapat kekurangan pada diri sendiri.

Monday, June 10, 2013

adab

Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah





Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Friday, May 31, 2013

iktibar

Aku dan Ustaz Azizan: Catatan jimat cermat

Muhammad Sanusi Md Nor, 30 Mei 2013
Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan

Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.

Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.

Jelas Ustaz pada satu ketika, Rasulullah ketika menjalani kehidupan di Madinah pernah menaikkan Syadatina Aisyah r.a ke atas bahunya untuk menyaksikan satu pertandingan kebudayaan orang Madinah. Walaupun ia asing dan ganjil bagi masyarakat Mekah, Rasulullah tidak melarangnya, malah turut menyaksikannya. Inilah sandaran yang terpakai  dalam ilmu dan disiplin siasah syariyyah.

Walaupun apa yang aku buat ini asing dan ganjil bagi ahli dan penyokong PAS, tetapi Rakyat Kedah sejak sekian lama mengenali kerajaan dalam bentuk ini. Ada lebih 1.8 juta penduduk Kedah, berparti PAS, UMNO dan tidak berparti, Islam dan bukan Islam, Melayu Cina, India dan Siam, aku mengambil jalan ini untuk menjadi Menteri Besar kepada seluruh rakyat Kedah. Aku percaya, satu hari nanti, orang kita (PAS) akan memahaminya.

Dia juga dihentam teruk kerana memakai pakaian rasmi jamuan beradat (mess kit) sewaktu jamuan hari polis di Dewan Wawasan. Dia tampil tanpa songkok (sesuatu yang asing bagi dirinya dan ahli PAS). Sesuatu yang tidak dikatahui, Ustaz Azizan telah mengubah ciri-ciri mess kit dengan membuang bow sebagai sebahagian kelengkapannya, dan menggantikannya dengan leher 'cekak musang'. Walaupun mendapat kritikan dan rasa tak puas hati para pegawai protokol, kerana pakaian istiadat ini telah digunakan berpuluh tahun, Ustaz Azizan telah mengadap dan memohon perkenan KDYMM Sultan Kedah untuk mengizinkan perubahan itu. Katanya: Patik bukan sahaja memimpin negeri ini, patik juga ketua PAS Kedah. Dalam pandangan sebahagian para ulama', bow tidak dibolehkan, tidak seperti tali leher. Patik mohon Tuanku mengizinkan perubahan ini kerana ahli-ahli PAS akan mengecam para pemimpin jika patik turut memakainya. Perubahan itu kekal sehingga hari ini. (Jika kerajaan baru BN mengubahnya ke bentuk asal, saya belum mengetahuinya).

Berjimat cermat

Menjadi amalan dan berdasarkan  kelayakan pimpinan negeri menaiki pesawat kelas perniagaan ke Kuala Lumpur atau ke mana-mana majlis rasmi dan tidak rasmi. Beberapa pemimpin lain menunjukkan teladan dengan menaiki pesawat kelas ekonomi dan pesawat tambang murah. Pergerakan pemimpin negeri biasanya diiringi beberapa pegawai dan pengawal.

Ustaz Azizan lain caranya. "Cuba hang kira kos perjalanan ke Kuala Lumpur dengan kapal terbang, banding dengan kereta," katanya. Dia sendiri yang mengambil pen dan menulis di kertas. "Berapa harga tiket bisness class ke KL?" RM 444.00 Ustaz! Mana hang tau? Saya tengok di internet. Ekonomi class? RM240 ustaz.

Kalau kita pi 3 orang, aku bisness class, hang N54, bisness class juga. Tapi katakan hang dan sorang lagi kelas ekonomi, dah berapa? RM444 + RM240 + RM240, dah jadi RM924.00. Dari airport ke KL? Katakan seorang RM30 dah jadi RM1,014. Pi dan balik dah jadi RM2,028 sekali perjalanan. Kalau 4 kali sebulan dan jadi RM8,112.00.

Dulu-dulu, MB terbang kot atas, kereta dua tiga biji menjalar kot bawah. Sampai sana, mesyuarat sana sini, kena pi naik kereta jugak.

Kalau pi dengan kereta, minyak pi balik katakan RM250, tol RM120, baru RM370. Kalau 2 buah kereta, baru RM740.00. 4 kali pi baru habih RM2,960. Kita jimat RM5,152 duit rakyat.

Hotel? Kalau sebilik RM300.00, 3 bilik sudah RM900.00. Kalau pegawai yang booking ikut kelayakan pegawai kerajaan, Aku tentu bilik suite, hang pun sama, dah berapa ribu? Kalau suite semalam RM1000 untuk MB, bilik lain RM300, kena dua malam dah jadi RM3,200. Kalau kita ramai, lagi mahai. Kalau sebulan 4 kali kita pi, dah RM12,800  untuk hotel saja. Sebab tu aku suruh Kedah Invest sewa kondominium di Jalan Tun Razak. Sebulan RM4 ribu, boleh duduk ramai-ramai, berapa malam pun tak pa. Kita jimat RM8,800 untuk penginapan.

Maka, sepanjang 5 tahun Ustaz Azizan menaiki kereta jika ke Kuala Lumpur bersama sebuah kereta pegawai pengiring. Hanya 3 kali dia menaiki pesawat, itupun kerana dia membuat perjalanan dari Langkawi. Dia sering tidur malam dalam kereta, kerana terpaksa membuat perjalanan lebih awal dengan kereta. Ada kala kami mendiami kondominium itu 7 orang, sebahagiannya tidur di ruang tamu depan TV. Ustaz Azizan tidur di sofa panjang.

Itulah sebahagian jimat cermat wang rakyat  yang dipraktikkan oleh seorang MB daripada PAS, selama 5 tahun pentadbirannya. Walaupun dengan kereta dia menjadi kurang rehat dengan masa perjalanan yang lebih panjang, badannya keletihan, dia sanggup menjauhi keselesaan yang dibolehkan mengikut kelayakannya. Berbelas ribu (purata RM13,000 sebulan)  duit rakyat berjaya dijimatkan dengan langkah dan pengorbanannya. Sayangnya, pengorbanan jenis ini jarang orang menilainya. - http://sanusimdnor.blogspot.com/

Thursday, May 30, 2013

derma

Yang pertama datang MIC, yang pertama ziarah Umno - Nasrudin

Harakahdaily, 29 Mei 2013


(Laporan Utusan hari ini yang mendakwa Nasrudin pilih kasih)


TEMERLOH: Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hasan memberitahu, orang yang pertama datang meminta bantuan dari beliau adalah seorang ahlu MIC manakala orang yang pertama beliau ziarahi adalah penyokong Umno.

Beliau mengulas demonstrasi yang dibuat Umno dengan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd Nordin Mohd Sham yang mendakwa bantuan hanya beliau berikan kepada ahli PAS dan PKR dan penduduk yang tidak menyokong diketepikan.

Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan  satu demo yang mendakwa kononnya ahli parlimen Temerloh yang baru Ustaz Nasrudin Hassan, pilih kasih dalam membantu mangsa ribut pada 15 Mei yang lalu.

Nasrudin berkata beliau berlapang dada dan hati terbuka terhadap aneka ragam rakyat mengekspresi sikap dan suara mereka.

“Saya sambut dan layan mereka dengan kasih dan sayang kerana saya adalah pemimpin mereka. Jika dakwaan mereka benar, boleh datang ke Pejabat PAS Kawasan Temerloh [buat sementara waktu sebelum Pusat Komuniti Parlimen Temerloh siap dalam tempoh sebulan ini] untuk mengemukakan aduan atau laporan dan pihak kami akan pastikan laporan itu benar dan layak menerima bantuan, maka saya akan usahakan untuk membantu sedaya mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Nasrudin berkata sejak beliau menjadi ahli parlimen Temerloh, beliau tidak pernah memilih dalam memberi bantuan kepada sesiapa yang memintanya.

Bahkan dalam 14 hari yang pertama, orang pertama yang berjumpa Nasrudin ialah penyokong MIC.

"Saya hulurkan bantuan. Orang pertama saya ziarah mangsa ribut dan menghulurkan bantuan ialah penyokong Umno. Dalam tempoh itu juga, sekitar 50 buah rumah telah saya sendiri menziarahinya dan menghulurkan bantuan kemanusiaan sementara sebahagiannya saya hulurkan bantuan menerusi PAS Kawasan Temerloh yang mewakili saya,” terang beliau.

Nasrudin (gambar) berkata bahawa beliau tidak suka untuk membangkitkan perkara ini, tapi terpaksa untuk memberi pencerahan kepada mereka yang melemparkan tuduhan kepadanya.

“Walaubagaimana pun saya ucap terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia yang menyiarkan perkara ini dan terima kasih jua saya ucapkan kepada penganjur himpunan aman bagi menyatakan bantahan dan suara mereka terhadap saya,” kata beliau.

Pihak Harakahdaily boleh menjadi saksi kepada kenyataan Nasrudin, bahawa beliau terpaksa "merayau" ke serata ceruk mencari sumbangan orang ramai dan para dermawan untuk membantu insan yang memerlukan di Parlimen Temerloh sejak memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

“Keadaan ini berlaku ekoran tradisi pemerintahan Barisan Nasional tidak memberi peruntukan pembangunan dan kebajikan parlimen kepada MP bukan pemerintah,” kata Nasrudin.

Ekoran itu, Nasrudin hari ini menyarankan kepada penganjur himpunan aman itu dan Pengerusi JKKK Megat Segama supaya mengadakan sekali lagi himpunan aman yang serupa untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional memberikan geran peruntukan wajib bagi pembangunan dan kebajikan rakyat Temerloh walaupun Ahli Parlimennya bukan dari Barisan Nasional.

“Hormati pilihan rakyat dan jangan pilih kasih dan mendiskriminasikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat justeru hakikatnya ini adalah penderaan ke atas rakyat yang diwakili oleh Ahli Parlimen bukan pemerintah. Jadilah sebuah kerajaan yang adil dan matang.

"Malah mereka juga mesti mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional membela nasib mereka yang terbiar dan hidup dalam kedaifan pula tertekan dalam isu perumahan Sri Kemuning yang tidak selesai sejak sekian lama,” terang beliau lagi.

Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat itu, beliau telah memanjat tangga di 6 blok rumah pangsa Sri Kemuning untuk meninjau kerosakan yang dialami oleh penduduk di situ dan menghulurkan bantuan.

“Saya dimaklumkan oleh penduduk di situ bahawa inilah Ahli Parlimen pertama yang sudi datang menziarahi kehidupan kami yang sangat daif dan terbiar di blok - blok rumah pangsa yang uzur di Sri Kemuning.

"Sekian lama mereka diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri Pahang malah mereka luahkan keresahan berikutan ada tekanan supaya mereka keluar dari blok kediaman mereka kini.

"Saya berjanji tiada pilih kasih dan tiada ketidakadilan dalam kepimpinan saya buat seluruh rakyat Temerloh sekali pun terhadap mereka yang tidak menyokong Pakatan Rakyat,” tegas Nasrudin yang memetik Surah al-Maaidah: 8 sebagai pegangan prinsipnya.

Surah al Maaidah : 8 berbunyi:
"Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. "

Kepada para dermawan dan warga prihatin boleh bantu kami Sekretariat Parlimen Temerloh untuk berbakti kepada rakyat yang memerlukan. Salur kepada :

Maybank Islamic
5560 5720 3711
Tabung Prihatin Rakyat

dan kemudian sms "Temerloh_nilai" ke nombor : 019 3000 088

Wednesday, May 22, 2013

Cara untuk daftar akaun PayPal


  1. Pergi ke https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/home dan klik sign up.
  2. Pilih kotak pertama, Personal, dan klik Get Started.
  3. Isi semua details yang diminta dan pastikan password korang tu ada huruf, nombor, dan simbil. Kemudian klik Agree and Creat Account.
  4. Masukkan kod yang ada dalam gambar (macam word verification)

Congratulations! You've signed up for a PayPal account.


Ada beberapa perkara yang korang perlu buat sebelum mula gunakan akaun PayPal.
  • Confirm your email address to activate your PayPal account - We'll send simple instructions shortly to email korang.
  • Choose how you'd like to pay for your purchases - Pay using a balance in your PayPal account or with a credit/debit card.

Membezakan Ais Yang Dibuat Menggunakan Air Paip Atau Air Masak

Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak :


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.



Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Sekian, buatlah pilihan yang bijak! Ahaks. Jangan lupa share dengan member :)

Monday, May 20, 2013

Hukum Isteri Berchatting Dgn Lelaki.

soalan
assalamualaikum ustaz.sy ingin brty.apa hukumnya jk sorg isteri brchatting dgn lelaki dlm lmn sosial tnpa pgetahuan suami.adakah brdosa ustaz.mhon pnjelasan.tima ksh.assalamualaikum.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum isteri berchatting dengan lelaki yang bukan mahram tanpa sebarang tujuan adalah haram.Sekiranya untuk  kerja ofis bagi tujuan meningkatkan pengurusan dan perkhidmatan kepada orang awam ia adalah diharuskan/boleh.Malah berdosa isteri berchatting dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami.
Justeru panel nasihatkan agar anda segera hentikan perbuatan tersebut demi keharmonian dan kerukunan rumahtangga.Wallahu a'lam