LOAN ASB UNTUNG ATAU RUGI?
Analisis ringkas tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar
untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
dengan duit pinjaman bank).
Contoh simpanan ASB ...RM 100,000 yang terdiri dari
Deposit Tunai RM 5,000 RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9%
setahun) ==> Bayaran bulanan pinjaman RM 731 untuk tempoh 20 tahun.
Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kepada anda. Contoh: dividen 7% setahun,
anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan selepas
20 tahun, anda akan terima RM 100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan
anak dan sebagainya.
Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
Hasil pengiraan: jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk
mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827 (termasuk deposit RM5,000 dan
dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun)
Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8
tahun. Untung atau rugi?
Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan
menjadi RM 94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan untuk 8 tahun juga, nilai
pelaburan selepas 8 tahun adalah RM 8,590.
Total nilai pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.
Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain bayar bulanan kpd loan
Bagi pinjaman bank RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran
penuh selepas 20 tahun adalah RM 175,359 (harga kos)
Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000
dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
------------------------------------------------------------
----
Duit Yang Anda Terima = RM 240,000
------------------------------------------------------------
----
Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 dlm masa 20 tahun
sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.
Untung pada mata kasar = RM 64,641
Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain bayaran bulanan RM 731
selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam
ASB untuk tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi = RM 383,018.
Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential
gain'
Nilai Pelaburan jika anda melabur dengan duit sendiri = RM 383,018
Nilai Perolehan jika anda ambil pinjaman = RM 240,000 (-)
----------------------------------------------------------------------------------------
--
---------------------
Kehilangan Untung
RM 143,018 (loss of potential gain)
================================================== ==========
======
Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM 175,359 dari anda sepanjang 20 tahun
itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh
dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adalah untuk individu
bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil
dari pelaburan anda.
Siapa yang rugi sebenarnya? ==> Anda
Sepatutnya anda boleh untung RM 143,018, tetapi anda cuma untung RM 64,641 sahaja
apabila guna ASB loan. Bank yang untung lebih RM 80,000. Oleh itu, lebih baik anda
simpan ASB menggunakan duit sendiri.
#mule mengira sekarang#
sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=453447
Monday, August 5, 2013
Wednesday, July 17, 2013
Pasangan suami isteri yang cukup mengagumkan :B
SUBHANNALLAH.. Tersentak saya bila
melihat gambar pasangan suami isteri yang pada saya cukup unik ini. Saya
kongsikan gambar yang mengharukan ini untuk tatapan semua agar kita tahu betapa
hebatnya perancangan yang maha Esa.
Jika asas perkahwinan kerana HARTA,
pasangan bakal bercerai jika EKONOMI goyah..
Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN,
pasangan akan mencari alasan untuk pergi
jika rambut dah beruban dan muka dah berkedut..
Jika asas perkahwinan kerana PERIBADI,
pasangan akan lari jika berubah tingkah laku..
Jika asas perkahwinan kerana NAFSU,
pasangan akan bertengkar
jika kehendak tidak memuaskan..
Namun,
Jika asas perkahwinan kerana Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan
maha pemberi kepada setiap makhlukNya...
Sumber
Jika asas perkahwinan kerana HARTA,
pasangan bakal bercerai jika EKONOMI goyah..
Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN,
pasangan akan mencari alasan untuk pergi
jika rambut dah beruban dan muka dah berkedut..
Jika asas perkahwinan kerana PERIBADI,
pasangan akan lari jika berubah tingkah laku..
Jika asas perkahwinan kerana NAFSU,
pasangan akan bertengkar
jika kehendak tidak memuaskan..
Namun,
Jika asas perkahwinan kerana Allah,
sesungguhnya Allah itu kekal dan
maha pemberi kepada setiap makhlukNya...
Sumber
Tips untuk Memenangi Hati Pasangan ....
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.
Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
Petua ini khas untuk pasangan atau bakal mendirikan rumahtangga :
1) Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.
8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10) Akui perasaannya bila dia merasa marah. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.
15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17) Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan pakaian yang sudah patut dibasuh ke bakul yang dikhaskan.
27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.
28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
29) Basuhkan kereta yang dipakainya.
30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
48) Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
52) Solat bersama dan berdoa bersama.
53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik.
56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.
60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
71) Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
72) Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
73) Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
74) Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
75) Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
76 Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
77) Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
78) Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
79) Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
80) Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
81) Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
82) Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
83) Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
84) Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
85) Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
86) Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
87) Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
88) Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
89) Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Sumber
Luahan Hati Seorang Suami – Menangis Membacanya
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya
tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti
menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat
meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun
saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki
yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak
bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat
baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya
yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta
untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan
seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana
pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat
pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi
bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya
diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang
saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya
dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita
saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin
dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah
kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat
bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya
selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan
bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri
saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan
tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya
balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya
dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan
hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya
menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak
pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan
geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia
menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi
rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin
bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk
saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam
handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan
sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk
saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang
berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa
daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar
dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya
dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia
menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila
keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi
sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah
diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya
terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya
tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak
berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak
kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi
mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan
pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah
malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan
terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa
lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya
mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan
saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia
akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya
kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari
teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan
apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan
dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta
hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia
kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada
saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya
kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim
kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan
sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya
menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor
yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah
hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin
teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya
memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia
hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama
maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati
saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di
masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai
rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti
mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak
pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar
halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa
menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang
amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia
meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk
menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak
meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia
meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga
saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan
kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua
minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya
selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini
saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah
Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta
layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya
amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya
terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri
saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat
baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama
isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya
menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu
untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu
dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu
ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke
rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi
saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”
Ustaz..saya harap ustaz tak marah
saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya
sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak
buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan
bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda
berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya
lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI
perempuan ni senang nak masuk syurga...taat pada perintah
ALLAH, tidak tinggal solat dan puasa, dan patuh pada suami.,..nescaya syurga
dijanjikan untuk perempuan tersebut...nampak senangkan? disini rose nak
kongsikan sedikit hasil ceramah dioffice mengenai adab berhadapan dengan
suami:-
1.
Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka
menyampuk atau memotong cakapnya.
2.
Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi
kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah
berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan
disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman
kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta
maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3.
Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati
isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat
orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita
perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu
yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4.
Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika
panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu
hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5.
Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila
disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan
kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh,
hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.
Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau
suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak
lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah
pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya
sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7.
Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit.
Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan
cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan
peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga
jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8.
Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami
iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi
kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.
Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami,
begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah
ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan
satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10.
Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada
ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu
kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat
diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang
lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya
meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah
perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti
inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11.
Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah.
Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang
untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara
suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.
Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun
sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi,
teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan
menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap,
cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak
dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping
tidak terjamin kebersihannya.
13.
isteri hendaklah sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala
tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan
isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya
agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya
menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
semoga
info ini berguna untuk isteri-isteri diluar sana....
http://coretanaisy-aisya.blogspot.com/2013/07/adab-bagaimana-berhadapan-dengan-suami.html
Wednesday, June 19, 2013
Kekurangan diri jadi kekuatan si bapa
Kekurangan diri tidak dijadikan alasan untuk Suhairi Abdullah, 55, melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga kepada isteri dan dua anak perempuannya berusia 23 dan 17 tahun.Biarpun tidak mampu berjalan kerana lumpuh dari bahagian pinggang ke kaki, kekurangan diri itu dijadikan kekuatan untuknya meneruskan hidup agar keluarganya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sempurna seperti orang lain.
“Saya memulakan sesuatu yang baru selepas tamat kursus menjahit di Pusat Pemulihan Orang Cacat (kini dikenali Pusat Latihan Cheras).
“Ketika itu, saya buat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dari Perak bagi mengikuti kursus menjahit ini.
“Walaupun kurang minat dengan menjahit, apabila memikirkan kursus lain seolah-olah tidak punya masa depan lebih cerah buat saya, saya nekad meneruskannya hingga tamat latihan,” jelasnya.
Dia memulakan hidup baru bersama wanita pujaan hatinya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Rohani Jaafar, dengan menamatkan zaman bujang pada 1987 ketika usianya 30 tahun.
Bermulalah kehidupan mereka membina mahligai bahagia sebagai pasangan suami isteri. Sejak itu, mereka menggunakan kemahiran menjahit dan mengambil tempahan baju di rumah.
Nasibnya bertambah baik apabila menerima bantuan dua mesin jahit daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), bagi memudahkan mereka menjana pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju.
“Selepas kira-kira enam tahun menjahit di rumah, kami mengambil keputusan untuk membuka kedai pada 1993 di Taman Keramat, Kuala Lumpur sehinggalah ke hari ini.
“Kedai jahit yang dikenali dengan nama Ani Fesyen ini turut menerima tempahan baju lelaki dan perempuan. Memang permintaan pelanggan tidak pernah putus sejak dulu lagi,” katanya.
Menceritakan kembali detik pertama kali bergelar ayah, Suhairi berasa begitu gembira. Namun, di sebalik kegembiraannya itu ada keperitan yang harus dilalui bapa tabah ini bersama isterinya.
“Semasa anak perempuan sulung saya masih kecil, kami tidak mempunyai pengangkutan lain selain daripada motosikal saja. Agak sukar bagi kami membawa motosikal untuk menjalani pemeriksaan anak di klinik.
“Memandangkan kami berdua tidak mampu berjalan dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak, saya terpaksa memilih untuk menaiki teksi ke klinik,” kata anak bongsu daripada lapan beradik ini.
Hanya selepas 17 tahun menjalankan perniagaan jahitan, barulah Suhairi dapat menaiki kereta sendiri. Ia juga sekali gus memberi kemudahan buat dirinya sekeluarga melawat serta menghantar anak-anak ke sekolah atau universiti.
Malah, Suhairi turut membelikan kereta untuk anak sulungnya bagi memudahkan mereka berjumpa ketika hujung minggu memandangkan anak sulungnya itu kini menyambung pengajian di universiti.
Tegasnya, walaupun hidup mereka berdua OKU, itu tidak bermakna perlu meraih simpati daripada orang lain. Baginya, dia harus berusaha sedaya upaya untuk memastikan ahli keluarganya mendapat kehidupan yang sempurna walaupun bukan dalam keadaan berada.
Dia juga sangat bersyukur kerana kedua-dua anaknya dilahirkan normal dan memastikan tanggungjawabnya dapat dilaksanakan dengan baik.
“Apabila sudah menjadi bapa, saya kena tahu mengenai tanggungjawab dan berusaha menjadikan anak-anak hidup dalam keadaan baik dengan keperluan mencukupi.
“Disebabkan kesedaran itu, saya dan isteri tidak mahu kekurangan diri kami membuatkan anak-anak menjadikannya sebagai kekurangan pada diri mereka.
“Saya sentiasa ingatkan pada anak-anak mereka juga mampu menikmati kesenangan yang orang lain lalui malah kadangkala melebihi rakan mereka yang lain,” jelasnya yang turut memiliki perniagaan membaiki basikal dan mengubah suai kenderaan OKU.
Tambah membanggakannya, kedua-dua anaknya memahami kekurangan yang ada pada diri ayah serta ibu mereka sekali gus tidak mahu meminta perkara yang menyusahkan dia dan isteri.
Atas berkat usaha gigih mencari pendapatan untuk anak-anak selain memberi galakan mencapai kejayaan, kini Suhairi berbangga kerana anak sulungnya berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dalam jurusan perakaunan.
Walaupun Suhairi hanya berjaya menamatkan zaman persekolahan sehingga darjah empat, itu tidak bermakna dia harus mengambil ringan soal pendidikan anaknya. Dia sering berpesan kepada mereka pelajaran mampu mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
Malah, dia turut menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi sukarelawan agar mereka dapat melakukan kerja kebajikan sekali gus membantu masyarakat dan negara.
Menariknya, Suhairi yang juga Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia yang mempunyai kira-kira 300 ahli seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak juga banyak memberi sokongan kepada ahlinya untuk terus maju.
“Saya mahukan golongan OKU lain juga berjaya kerana sesetengahnya ada yang hidup dalam keadaan terumbang-ambing. Justeru, kami memberi ruang untuk bersama-sama berjuang dengan mereka.
“Disebabkan itu, kami banyak membuat aktiviti bersama bagi membantu ahli dari segi peralatan pergerakan, sokongan dan pendapat bagi mencari jalan penyelesaian untuk membuka perniagaan.
“Selain itu, setiap tahun juga persatuan ada melakukan kejohanan boling yang membabitkan semua kaum,” kata bekas Exco Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia itu.
Baginya, semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Setiap cabaran pasti ada jalan untuk dilalui kerana kesusahan tidak boleh dielak walaupun terdapat kekurangan pada diri sendiri.
Monday, June 10, 2013
adab
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah

Wahai anakku,
Apabila kamu berada dalam sesuatu jamaah, ikutlah apa yang diputuskan oleh jamaah dan kepimpinannya kerana di situ ada keberkatannya. Redha Allah bersama jamaah. Janganlah kamu merasa hebat terhadap pandanganmu sendiri atau pandangan yang berbeza dengan keputusan jamaah, kerana engkau telah mencabut keberkatannya untuk dirimu dan mengundang kemurkaan Allah.
Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah.
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.
Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.
Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




