
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani



GottaSend ialah salah satu laman web yang menawarkan perkhidmatan sms secara percuma kepada mana-mana nombor telefon di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Selain GottaSend, laman web yang cukup dikenali sehingga kini dalam menyediakan perkhidmatan yang serupa adalah mostSMS.com.
Perbezaan ketara yang dapat anda lihat pada GottaSend ialah anda tidak memerlukan pendaftaran untuk menghantar pesanan, tiada iklan diletakkan pada pesanan yang dihantar, menulis teks sebanyak 320 patah perkataan, dan yang paling diminati ramai termasuk saya sendiri, pesanan yang dihantar tidak disertakan nombor anda malah boleh meletakkan nama gantian atau nama samaran padanya semasa hendak menghantarkan pesanan.
Servis yang akan ditawarkan di GottaSend kelak akan membolehkan anda menghantar Multimedia Message dan juga Template Message. Malah versi bagi peranti mudah alih sedang dibangunkan bagi memudahkan penghantaran sms di telefon bimbit anda. GottaSend memerlukan anda memasukkan sistem Captcha sebelum membuat pesanan.
Ini kerana sebelum ini mereka telah menerima sejumlah mesej spam dan telah menyebabkan server mereka lumpuh seketika. Dan kini diharap dengan sistem Captcha yang ada dapat sedikit sebanyak mengurangkan mesej spam dan membuatkan perkhidmatan yang disediakan oleh GottaSend terus berjalan seperti biasa.
Anda boleh mencuba perkhidmatan GottaSend sekarang di SINI
Nota Kaki : Kalu xde captcha dah lama saya buat sms spammer version baru. kah3. Bagi yang belum mencuba mostSMS Program Version 2. Sila search di blog saya dan memuat turunnya sekarang. Terima kasih“Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (An-Nur: 41)
“dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah.” (Ash-Shad: 19)
” … dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung … ” (Al-Anbiya: 79)
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”. An-Nahl: 68)
Posted @ www.isuhangat.net.

Renungkan kembali etika pergaulan dengan berlawanan jantina dalam Islam. Berapa pelanggaran yang biasa dilakukan oleh sepasang kekasih.
Dalam kamus bercinta, perkara-perkara tersebut adalah biasa dilakukan, padahal hanya satu perkara sahaja di bawah cukup untuk mengharamkan bercinta. So… sendrik mau ingat!
1. Pasangan yang sedang bercinta tidak akan menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.Munculnya rasa cinta itu pun adalah dari seringnya mata memandang kepadanya seperti istilah “cinta pandang pertama”
2. Pasangan yang sedang bercinta sukar menjaga aurat.
3. Pasangan yang sedang bercinta biasanya sering berdua-duaan dengan kekasihnya samada di khalayak ramai atau tidak.
4. Wanita akan bersikap manja dan melembutkan suaranya semasa bersama kekasihnya atau sedang berbual di telefon dan SMS.
5. Pasangan bercinta saling menyentuh antara lelaki dan perempuan, walaupun hanya bersalam.
6. Orang yang sedang bercinta, selalu membayangkan dan berangan-angan kepada orang yang dicintainya.
Posted @ www.isuhangat.net.
Pensil : “Maafkan aku pemadam…”
Pemadam : “Maaf apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”
Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu membuat kesalahanku terhapus, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil dan kecil setiap masa…”
Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu. Diriku tercipta untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari, aku tahu bahawa aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru.
Aku sungguh bahagia dengan perananku. Jadi kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih…”
Apa kena mengena pemadam dan pensil dengan kita?
Pemadam adalah ibu bapa kita…
Pensil adalah diri kita sendiri….
Orang tua akan selalu ada untuk anak-anaknya…Untuk memperbaiki kesalahan anak-anaknya…
Namun kadang-kadang, seiring dengan perubahan masa …
Orang tua akan terluka dan akan menjadi semakin kecil…(Bertambah tua dan akhirnya meninggal).
Walaupun anak-anak mereka pada akhirnya akan menemui seseorang yang baru (Suami,isteri,anak dan keluarga mertua).
Namun ibu bapa tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka berasa sedih.
“Hingga masa ini…
Saya masih menjadi Si Pensil…
Perkara ini sangat menyakitkan diri saya…
Melihat “pemadam” atau ibu bapa saya semakin bertambah “Kecil” dan “Kecil” seiring dengan perjalanan waktu.
Kelak suatu hari…
Yang tertinggal hanyalah “habuk” si pemadam
Segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka…”
Kisah ini isuhangat dedikasikan khas kepada ibu bapa saya dan semua ibu bapa korang…
Posted @ www.isuhangat.net.