Monday, November 14, 2011

USTAZ HANAFI MALEK


beberapa hari lalu kot. ahad kalau tak salah. menonton rancangan tanya ustaz tv 9. rancangan favourite mak :). tetiap pagi mesti mak record citer tu punye. lepas balik jogging kang dia tengok hihi. kebetulan pulak tajuk kali ni 'ANAK ANUGERAH ALLAH'. macam best untuk ditonton.

meh sini nak kongsi kongsi dengan korang. nama ustaz penceramah ni Ustaz Hanafi Abdul Malik. best je tengok muka dia, senyummmmmm memanjang :). sejok hati hihi. Ustaz tu kasi petua macam macam.

Pertama ada kene mengena dengan surah Al-Fatihah. Ada satu kes ni, seorang ibu datang jumpa ustaz ni cerita masalah anak dia. anak dia ni belajar oversea tp tak habis, kawen dgn org sana. selalu keluar masok gereja. tak penah balik sejak kawen. ibu ni sudah sedih mengenangkan naseb anak dia. ustaz hanafi cakap "puan, puan amalkan apa yang saya akan ajar ni. tiap kali puan baca surah al-fatihah dalam solat, lepas je baca ayat ke-4 (iyyakanakbuduwaiyyakanasta'in), puan tarik nafas perlahan lahan dan berdoalah 'KEMBALIKAN ANAKKU'(doa dlm hati). baca fatihah perlahan lahan, kene tau setiap makna ayat dlm surah fatihah. tarik nafas perlahan lahan setiap satu ayat tu". Tak lama kemudian ibu tadi jumpa ustaz hanafi bitau yang anak dia telah kembali kepada dia. anak dia dah balik rumah dah. Menurut Ustaz Hanafi, berdoalah apa yang kita nak doa sekalipun selepas ayat ke-4 itu, insyaAllah Allah akan tunaikan :)

Ada pemanggil call bitau dia pun amalkan apa yang ustaz ni buat. dia amalkan sepanjang dia mengandung sampai la hari ni, alhamdulillah semua anak anak dia berjaya dalam hidup, anak anak dia menyenangkan hati dia. sejuk perut ibu mengandung :)

cerita ke-2: (ini petua mendapat anak bagi mereka yang belum ada rezeki baby lagi)

Ada sorang caller ni mintak pendapat ustaz. dia pernah hamil tapi kandungan hilang (aku tak faham apa maksud dia kandungan hilang huhu tp ustaz ckp tu biasa kandungan hilang). sekarang dah lebih 10 tahun kalau tak salah aku dia ckp dia tak de rezeki baby. dia tanya pandangan ustaz kalau dia amek anak angkat yang datang dari hasil zina. ustaz pun jawab, "kalau boleh jangan dulu amek anak angkat, cuba amalkan petua ni. amalan orang arab. segenggam kurma di blend dengan segelas susu kambing, minum awal pagi. sekali tu je blend. lepas tu, hari berikutnya amalkan makan kurma dan susu kambing. amalkan setahun, kalau lepas tu tiada jugak rezeki, boleh la ambil anak angkat". tapi ustaz tak galakkan amek anak angkat hasil dari zina sebab sedikit sebanyak ada kene mengena dengan peribadi anak tu. tak banyak la tapi. kalau boleh elakkan.

cerita ke-3:

Seorang pemanggil ni cerita pasal anak dia yang kecik kecik dah suka amek barang orang, kadang kadang amek pensel la pemadam la. dia pun tak tau kenapa anak dia macam tu. Ustaz pun menjawab "tiap kali anak dah tidur, baca satu ayat kt dalam asmaulhusna tu, 'YA SHAHID' sebanyak 319 kali dan tiup kat ubun2 anak. ayat ni mengelakkan anak anak melakukan jenayah macam zina ke mencuri ke dan sewaktu dengannya". Ustaz cakap buat kat baby baru lahir, insyaAllah dia tergolong dalam orang yang baik baik, insyaAllah :)

tetibe rasa macam banyak lagi nak kongsi kongsi tapi adalah malas nak taip haha! bukan kedekut ok tp tu la, kemalasan pula.

secara ringkas, korang amalkan surah AL-INSYIRAH. surah itu adalah sangat bagus, boleh lapangkan dada, kalau ada masalah hutang piutang pun bagus amalkan surah ni pastu kalau nak kasi anak anak suka tengok muka kite pun amalkan surah ni. pssstt, cekgu cekgu pon bagus amalkan supaya anak murid suka tengok kite, sejuk je dengar cekgu cekgu mengajar. Korang pegi tengok makna surah tu k. lepas tu ustaz cakap dalam mendidik anak, amalkan 7 P tapi aku dah tak ingat semua haha. apa kata korang tangok kat tv9 online (http://www.tv9.com.my). amalan 7P tu sgt menarik pastu mak aku memang amalkan dan memang la menjadi. lihat anak dia yang baik ni :p. (alhamdulillah)

pastu bahagian ketiga aku belum tengok lagi. tak sempat nak tengok bahagian 3 hihi. jadi jangan lupa tonton tv9 online ituuuuuu~~


Links to this post

Manfaat Surah Alam Nasyrah dan Petua Mendapatkan Zuriat

by WE HATE MANGGA MAGAZINE on Friday, May 14, 2010 at 10:09pm
MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

Thursday, November 10, 2011

BAWANG PUTIH UBAT BATUK MUJARAB


CARANYA :

  1. AMBIK BAWANG PUTIH DUA ULAS DAN LETAKKAN ATAS PEMAGANG IKAN DAN BAKAR ATAS DAPUR OVEN
  2. BAKAR KIRA-KIRA KULIT BAWANG ITU JADI GARING :) ATAU IKUT KORANG LAH YE
  3. LEPAS DAH GARING BUANG KULITNYA DAN MAKAN SAMPAI HABIS
  4. WAKTU YANG SEBAIKNYA KITA MAKAN IALAH WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR
  5. ULANG LANGKAH DIATAS JIKA BATUK ANDA BERULANG :)
  6. JANGAN LUPA MINUM BANYAK AIR
  7. OPS..IA JUGA BOLEH MEMBUAT KAN ANGIN DALAM BADAN ANDA KELUAR :)
SELAMAT MEMCUBA!!!!

PENANTIAN ITU SATU PELUANG


DI MAJLIS perkahwinan anak seorang saudara di Skudai, Johor Bahru, saya bertemu Azemi, seorang rakan sekolah dan sekampus. Beliau seusia dengan saya. Walaupun sudah melebihi 55 tahun, pergerakannya masih pantas dan cergas seperti di usia mudanya.


Dari belakang, tubuh Azemi kelihatan seperti lelaki yang berusia 30an. Kalau dari hadapan, dia masih tidak kelihatan seperti warga emas. Walaupun berkaca mata dan ada uban sana-sini di kepalanya, dagunya belum lagi berlapis. Dan, tidak ada lebihan lemak di perutnya. Itulah yang menjadikan dia seperti lelaki berusia 40an.


Di majlis itu, Azemi sibuk mengangkat pinggan hidang, menyusun kerusi, mengelap meja dan membersihkan tempat membasuh tangan. Kerjanya lebih pantas dan komited daripada petugas katerer tuan rumah. Sambil meletakkan hidangan, Azemi akan menyapa para tetamu dengan mesra. Seolah-olah dialah tuan rumah.


Sebaik sahaja dia duduk melepas lelah di bawah pokok, saya ambil kesempatan mendekatinya. Banyak status terkininya yang saya tanya. Bekas ketua darjah di sekolah dan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di kampus ini masih aktif dengan kerja-kerja sukarela. Namun, dia tidak aktif berpolitik atau berNGO. Sebaliknya dia bergerak tanpa menyertai mana-mana pertubuhan sebegitu.


Azemi sudah punyai dua orang menantu dan empat orang cucu. Dia kini adalah Pengerusi PIBG di sekolah anak bongsunya, bendahari surau di kariahnya, masih menerima tempahan rekabentuk grafik seperti mencipta logo, kepala surat, kad niaga, kad kahwin, brosur dan banyak lagi kerja-kerja yang memerlukan dia bersengkang mata. Semuanya dia lakukan secara suka-suka untuk meremajakan mindanya walaupun dia telah meninggalkan dunia pengiklanan 10 tahun lalu.


Sekurang-kurangnya sekali setahun, Azemi akan membantu kawannya yang mempunyai syarikat haji dan umrah, membawa jemaah menunaikan ibadah. Dia mengusahakan tiga hektar dusunnya di Hulu Tiram, dan akan ke pasar setiap Ahad kerana padanya, hari itu adalah hari rehat buat isterinya.


‘Tak penat, ke? Bila masa engkau berehat, Mie?’ tanya saya. Soalan saya hanya dijawabnya bersama sebuah senyuman. ‘Sebenarnya, selain daripada waktu tidur dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi, aku berehat lebih daripada dua jam pada siang hari.’ ‘Engkau sempat tidur siang?’ tanya saya lagi.


‘Bukan macam tu,’ katanya. ‘Masa tunggu kereta aku dicuci, aku baca surat khabar. Masa tunggu cucu aku keluar sekolah, aku tidur dalam kereta, sementara tunggu waktu Isyak kat surau, aku mengaji, masa tunggu berita bila keluar iklan, aku tolong bini aku cuci pinggan, masa tunggu di bank, aku buka iPad, masa tunggu lampu trafik pun, aku sempat potong kuku! Banyak yang boleh aku buat semasa menunggu apa-apa pun.’


Apa yang diperkatakan oleh Azemi, bukanlah suatu perkara baru. Malah ia dianggap common sense. Waktu menantilah masa yang paling baik untuk melakukan sesuatu agar tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Tetapi, berapa ramaikah yang dapat memanfaatkan waktu sebegitu?


Ramai di antara kita sering mengadu, tidak cukup masa untuk melakukan banyak perkara. Sedangkan masa itu sentiasa diperuntukan untuk semua orang. Tidak ada sesiapa pun yang diberi 25 atau 30 jam sehari agar dia boleh melakukan semua yang dia hendak siapkan pada satu-satu hari. Sebaliknya, tiada sesiapa yang diberi hanya 20 jam sehari, untuk dia jadikan alasan yang dia tidak cukup masa.


Jika kita mencari masa, ia sentiasa ada. Seperti Azemi, dia lakukan hal-hal peribadi berselang-seli ketika dia rutin harian. Melayari internet, membaca akhbar, memotong kuku, membasuh pinggan dan tidur adalah hal-hal peribadi yang Azemi lakukan ketika dia menanti sesuatu. Oleh kerana ia hal peribadi, dia dapat merehatkan mindanya meskipun pada mata kasar, ia adalah sesuatu yang biasa bagi orang lain.


Apa yang Azemi lakukan pada masa yang kita tidak anggap waktu rehat adalah sesuatu yang produktif. Lihatlah di sekeliling kita, betapa ramai di antara mereka yang melahu dan melangut ketika menanti. Perbuatan itu cepat membosankan hingga ada yang beranggapan penantian itu satu penyiksaan. Padahal, penantian itu peluang. Kerana itu, mengapa menanti?


‘Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kepada kebenaran dan saling menasihati kepada kesabaran.’ (Surah al-asr: 1-3)

http://maafcakap.blogspot.com/

Wednesday, November 9, 2011

CONTOH SURAT MOHON KERJA

nama

alamat

ic

No hp

Pengarah, Sumber Manusia

Jabatan Kesihatan Daerah

Daerah Kuala Berang

25600, Kuala Berang, Terengganu

20 Mei 2008

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2008.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

..............................

SALAMON BIN SALAMAT

CONTOH SURAT RAYUAN

alamat

nama

ic

No hp

Tarikh:

Pengarah

Kolej

(u.p.

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL MODULAR PENGOPERASIAN HOTEL

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon untuk membuat rayuan kemasukan ke program Sijil Modular Pengoperasian Hotel untuk sesi Julai 2011 ini.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya amat berminat dan berharap untuk belajar dalam program ini seterusnya memperolehi Sijil Kolej Komuniti. Bagi memudahkan pihak tuan, saya lampirkan bersama Siji Pelajaran Malaysia dan sijil-sijil Ko-kurikulum.

3. Saya amat berharap rayuan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan. Segala kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan berhubung permohonan saya ini amatlah saya hargai.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

---------------------------------

( )