Wednesday, November 30, 2011

doa elakkan diri dari buat maksiat

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”

Kaedah mengamal: Nabi SAW meletakkan tangan Baginda yang mulia di dada pemuda (yang dimaksudkan dalam hadis) dan membaca doa tersebut.

Wednesday, November 16, 2011

Belut sawah untuk dijual RM16.00 sekilo. Penghantaran percuma di kawasan berdekatan Kuala Terengganu. Sekiranya berminat sila hubungi call @ sms : Mat (013-9885315)

DOA ELAK KECURIAN

MAKLUMAT BANJIR


http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=TRG

- Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi.

MOTIVASI

Kepuasan OKU tawan Kinabalu



SEPASANG kaki yang semakin lemah itu masih bergerak mendaki tangga-tangga batu tanpa sekali pun melepaskan tongkat di tangan biarpun langkahnya tidak laju. Tanpa penglihatan untuk menikmati kehijauan alam dan menyaksikan keluasan langit yang terbentang dan berkabut awan, Taslim Kosni, 60, meneruskan pendakian yang seakan tiada penghujungnya.

Apakah yang dirasai oleh seorang lelaki warga emas yang cacat penglihatan itu tatkala kakinya menjejak puncak Gunung Kinabalu yang berada pada ketinggian lebih 4,095 meter dari aras laut itu?

"Memang saya tidak dapat melihat langsung keindahan yang terbentang di depan mata, malah saya teraba-raba sepanjang pendakian tetapi saya dapat menyentuh batu-batu, merasai rerumput yang pendek, air yang mengalir di kaki serta udara yang sejuk dan mendamaikan di puncak gunung.

"Saya menikmati keindahan Gunung Kinabalu dengan cara saya sendiri dan saya merasai kepuasannya lebih-lebih lagi dapat lari daripada kebisingan kota," katanya ketika ditemui di Pusat Kesihatan dan Pemulihan WQ Park, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman manis itu, Taslim memberitahu ia adalah sebuah impian yang menjadi kenyataan biarpun begitu payah untuk dicapai, malah dia hampir berputus asa.

"Sebelum mendaki Gunung Kinabalu, saya begitu teruja sampai tidak lena tidur dibuatnya. Maklumlah, selama ini asyik dengar orang bercerita mengenainya walaupun tidak dapat membayangkan bagaimana rupa gunung ini.

"Apabila pendakian bermula dan perjalanan semakin sukar, saya mula berputus asa kerana pendakian ke puncak memang sukar," ujar lelaki yang hilang penglihatan sejak berumur empat tahun itu.

Semangat


EKSPEDISI turut melibatkan pelajar-pelajar Pusat Spastik Petaling Jaya.


Taslim memberitahu, jika tanpa dorongan dan semangat yang diberikan oleh ahli rombongan yang mendaki pada masa itu, pasti dia gagal sampai ke puncak.

"Saya berasa begitu letih mendaki tangga batu yang tinggi, curam dan licin, malah hujan batu yang turun di tengah-tengah pendakian menyebabkan kepala saya seperti dibaling batu.

"Ketika itu saya bertanya kepada diri saya, apa yang saya buat di sini? Tetapi jurupandu, ahli sukarelawan dan kumpulan perubatan memberi semangat kepada saya untuk meneruskan pendakian," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Cerita Taslim lagi, tidak seperti peserta lain yang dapat melihat, dia adalah peserta terakhir yang sampai ke puncak iaitu pukul 8 malam walaupun bertolak seawal pukul 9 pagi.

"Setiap langkah, saya perlukan bantuan. Kalau leka, saya akan terjatuh. Semasa turun juga kaki saya terselit di celah batu," katanya menceritakan harga yang perlu dibayar demi memenuhi impian menakluk puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Berita gembira

Namun, kepuasan yang dirasai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Taslim memberitahu, sebaik sahaja sampai ke puncak, dia segera menghubungi isterinya bagi memaklumkan berita gembira itu.

"Saya begitu teruja menghubungi isteri dan dia mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya," katanya yang turut menyertai pendakian Menara Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-60 Persatuan Orang Buta Malaysia Sabtu lalu.


MESKIPUN sukar kerana kekurangan diri, namun semangat menjadi pembakar kepada golongan OKU untuk meneruskan pendakian.


Pengalaman yang dilalui Mohd. Irwan Halim Sidek, 29, juga tidak kurang hebatnya. Penghidap celebral palsy yang mengalami kesukaran bergerak dan tidak mampu bercakap dengan lancar itu begitu tekun menjalani latihan sebelum pendakian.

Menurut ibunya yang mewakili Irwan semasa sesi temu bual bersama penulis, Bashah Jaafar, 51, Irwan memanjat tangga apartmen kediaman mereka setinggi 16 tingkat sebanyak 15 kali sehari. Pada masa yang sama, Irwan mengikuti latihan-latihan yang dianjurkan oleh pihak penganjur ekspedisi pendakian berkenaan iaitu Kelab Rotary Bandar Utama dan USJ sembilan bulan sebelum ekspedisi berlangsung.

"Setiap kali pulang dari sekolah di Pusat Spastik Petaling Jaya, dia akan tidur dan bangun pada pukul 5 petang untuk menjalani latihan. Saya berasa gusar untuk melepaskannya tetapi dia bertegas ingin mengikuti ekspedisi pendakian ini.

"Bayangkan, dia hanya boleh berjalan ketika berumur 10 tahun tetapi kini dia sudah berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu," ujarnya terharu.

Menurut Bashah atau lebih dikenali sebagai Ida, suaminya, Sidek Ahmad, 51, menemani Irwan sepanjang pendakian itu supaya Irwan mempunyai dorongan dan semangat yang tinggi untuk sampai ke puncak.

"Suami ada memberitahu, Irwan sudah kelihatan tidak berdaya dan kerapkali dipapah, tetapi apabila sampai ke puncak, dia menjerit kegembiraan sambil mengangkat tangan ke langit kerana terlalu gembira sehingga membuatkan abahnya menangis.


AHLI ekspedisi Kelab Rotary menghampiri puncak Gunung Kinabalu.


"Suami saya memeluk Irwan dan ahli rombongan lain kerana terlalu gembira. Saya juga menangis apabila Irwan menghubungi saya dari puncak gunung kerana terharu dia mampu sampai ke puncak Gunung Kinabalu," katanya.

Bashah memberitahu, dia juga terharu dengan perhatian yang diberikan kepada anaknya ketika pendakian kerana anaknya tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri sepenuhnya tanpa bantuan.

"Saya lega melepaskan Irwan mengikuti ekspedisi kerana pihak penganjur meyakinkan saya setiap peserta mempunyai empat penjaga yang terdiri daripada jurupandu, pegawai perubatan dan sukarelawan.

"Bapa Irwan juga turut menjaga dan membantunya melumurkan minyak panas di kaki untuk menghilangkan lenguh dan kesejukan," kata Bashah.

Sementara itu, bagi peserta OKU yang cacat pendengaran dan bisu, Wan Nora Ashikin Abdul Razak, 24, perjalanannya mendaki puncak Gunung Kinabalu tidak sesukar pengalaman Taslim dan Irwan.

Muntah


PESERTA ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu yang melibatkan 13 OKU puas dengan pencapaian mereka.


"Tetapi, pendakian saya tidaklah semudah yang disangka. Disebabkan bergerak laju, saya rasa pening dan muntah pada awal pendakian dan rasa seperti tidak cukup oksigen.

"Saya terpaksa berehat sebelum dapat meneruskan semula pendakian itu," katanya melalui temu bual yang ditulis di atas helaian kertas kerana dia tidak membawa jurubahasa.

Menurut pelukis grafik majalah Challenge itu, pengarang tempatnya bekerja adalah individu yang menggalakkannya menyertai ekspedisi itu.

"Sebenarnya rakan sekerja saya sepatutnya ikut sama tetapi dia akhirnya tidak jadi pergi, jadi hanya saya seorang menyertai pendakian itu.

"Ibu saya juga mengizinkan, malah dia amat gembira apabila menonton ekspedisi ini yang ditayangkan di Majalah 3 pada 29 Oktober lalu," katanya.

Ashikin memberitahu, dia tidak akan berhenti setakat Gunung Kinabalu sahaja, kerana dia mempunyai impian lain selepas ini.

"Saya mahu mendaki Gunung Tahan pula sekiranya diberi peluang.

"Kakak saya sendiri amat cemburu kerana saya sudah sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Dia adalah orang pertama yang saya hubungi apabila tiba di puncak," katanya.

makna surah al-insan

Surah Al-Insan
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? (1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (3) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. (4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (6) (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. (7) Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9) Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut. (10) Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati). (11) Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. (12) Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; (13) Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. (14) Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): Bejana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya). (15) (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. (16) Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil", (17) Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil". (18) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. (19) Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya). (20) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (21) (Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah). (22) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. (23) Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu) dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka atau orang yang kufur ingkar. (24) Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; (25) Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (26) Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa). (27) Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. (28) Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). (29) Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (30) Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. / (31)

LAWAK


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua...... tiga ekor.
... Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.
Tapi manusia
ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan.
telor aku,
macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam :? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang.
pun tak pernah.
panggil aku MAK!
Ayam :? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

oleh :
Raisya Zambri(facebook)

hantar sms percuma seluruh dunia

GottaSend ialah salah satu laman web yang menawarkan perkhidmatan sms secara percuma kepada mana-mana nombor telefon di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Selain GottaSend, laman web yang cukup dikenali sehingga kini dalam menyediakan perkhidmatan yang serupa adalah mostSMS.com.

Perbezaan ketara yang dapat anda lihat pada GottaSend ialah anda tidak memerlukan pendaftaran untuk menghantar pesanan, tiada iklan diletakkan pada pesanan yang dihantar, menulis teks sebanyak 320 patah perkataan, dan yang paling diminati ramai termasuk saya sendiri, pesanan yang dihantar tidak disertakan nombor anda malah boleh meletakkan nama gantian atau nama samaran padanya semasa hendak menghantarkan pesanan.

Servis yang akan ditawarkan di GottaSend kelak akan membolehkan anda menghantar Multimedia Message dan juga Template Message. Malah versi bagi peranti mudah alih sedang dibangunkan bagi memudahkan penghantaran sms di telefon bimbit anda. GottaSend memerlukan anda memasukkan sistem Captcha sebelum membuat pesanan.

Ini kerana sebelum ini mereka telah menerima sejumlah mesej spam dan telah menyebabkan server mereka lumpuh seketika. Dan kini diharap dengan sistem Captcha yang ada dapat sedikit sebanyak mengurangkan mesej spam dan membuatkan perkhidmatan yang disediakan oleh GottaSend terus berjalan seperti biasa.

Anda boleh mencuba perkhidmatan GottaSend sekarang di SINI

Nota Kaki : Kalu xde captcha dah lama saya buat sms spammer version baru. kah3. Bagi yang belum mencuba mostSMS Program Version 2. Sila search di blog saya dan memuat turunnya sekarang. Terima kasih

sumber : http://www.cybernetic88.com/menghantar-sms-percuma-ke-seluruh-dunia-dengan-gottasend-com.html

Tuesday, November 15, 2011

Proses Burung Membina Sarang,Subhannallah …

Proses Burung Membina Sarang,Subhannallah …

“Tidakkah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (An-Nur: 41)

“dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul. Masing-masingnya amat taat kepada Allah.” (Ash-Shad: 19)

” … dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung … ” (Al-Anbiya: 79)

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”. An-Nahl: 68)

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Posted @ www.isuhangat.net.

Haramkah Bercinta?

Renungkan kembali etika pergaulan dengan berlawanan jantina dalam Islam. Berapa pelanggaran yang biasa dilakukan oleh sepasang kekasih.

Dalam kamus bercinta, perkara-perkara tersebut adalah biasa dilakukan, padahal hanya satu perkara sahaja di bawah cukup untuk mengharamkan bercinta. So… sendrik mau ingat!

1. Pasangan yang sedang bercinta tidak akan menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.Munculnya rasa cinta itu pun adalah dari seringnya mata memandang kepadanya seperti istilah “cinta pandang pertama”

2. Pasangan yang sedang bercinta sukar menjaga aurat.

3. Pasangan yang sedang bercinta biasanya sering berdua-duaan dengan kekasihnya samada di khalayak ramai atau tidak.

4. Wanita akan bersikap manja dan melembutkan suaranya semasa bersama kekasihnya atau sedang berbual di telefon dan SMS.

5. Pasangan bercinta saling menyentuh antara lelaki dan perempuan, walaupun hanya bersalam.

6. Orang yang sedang bercinta, selalu membayangkan dan berangan-angan kepada orang yang dicintainya.

Posted @ www.isuhangat.net.

Maafkan Aku….Pemadam

Photobucket

Pensil : “Maafkan aku pemadam…”

Pemadam : “Maaf apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Aku minta maaf kerana aku selalu membuatmu terluka. Setiap kali aku melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk menghapusnya. Namun setiap kali kamu membuat kesalahanku terhapus, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil dan kecil setiap masa…”

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun aku sama sekali tidak merasa keberatan. Kau lihat, aku memang tercipta untuk melakukan hal itu. Diriku tercipta untuk selalu membantumu setiap saat kau melakukan kesalahan. Walaupun suatu hari, aku tahu bahawa aku akan pergi dan kau akan mengganti diriku dengan yang baru.

Aku sungguh bahagia dengan perananku. Jadi kau tak perlu khuatir. Aku tidak suka melihat dirimu bersedih…”

Apa kena mengena pemadam dan pensil dengan kita?

Pemadam adalah ibu bapa kita…
Pensil adalah diri kita sendiri….

Orang tua akan selalu ada untuk anak-anaknya…Untuk memperbaiki kesalahan anak-anaknya…

Namun kadang-kadang, seiring dengan perubahan masa …

Orang tua akan terluka dan akan menjadi semakin kecil…(Bertambah tua dan akhirnya meninggal).

Walaupun anak-anak mereka pada akhirnya akan menemui seseorang yang baru (Suami,isteri,anak dan keluarga mertua).

Namun ibu bapa tetap merasa bahagia atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anaknya dan akan selalu merasa tidak suka bila melihat buah hati tercinta mereka berasa sedih.

“Hingga masa ini…

Saya masih menjadi Si Pensil…
Perkara ini sangat menyakitkan diri saya…
Melihat “pemadam” atau ibu bapa saya semakin bertambah “Kecil” dan “Kecil” seiring dengan perjalanan waktu.

Kelak suatu hari…
Yang tertinggal hanyalah “habuk” si pemadam
Segala kenangan yang pernah saya lalui dan miliki bersama mereka…”

Kisah ini isuhangat dedikasikan khas kepada ibu bapa saya dan semua ibu bapa korang…

Posted @ www.isuhangat.net.

Monday, November 14, 2011

-saya menyediakan khidmat membaikpulih laptop & cpu.(format, standard program, ganeral checking).

-saya juga menyediakan khidmat membaikpulih sebarang jenis model printer. memasang dakwat luar. (canon, hp, brother).

-Remove Genuine Windows = Rm15

-Format And Install New Windows = Rm30

-Install Software = Rm5-Rm10 Setiap Software
*Microsoft Office 2003,2007,2010
*Adobe Photoshop 2007,Cs3,Cs4
*Autodesk Autocad Building/Electrical 2012

-Mendapatkan Semula Lost/Corrupted/Deleted Data Atau Partition :
Usb Pendrive/Mmc = Rm10-Rm20
Hard disk/External Hard Disk = Rm30-Rm60
Servis Dalaman Laptop (Mainboard) = Rm50

USTAZ HANAFI MALEK


beberapa hari lalu kot. ahad kalau tak salah. menonton rancangan tanya ustaz tv 9. rancangan favourite mak :). tetiap pagi mesti mak record citer tu punye. lepas balik jogging kang dia tengok hihi. kebetulan pulak tajuk kali ni 'ANAK ANUGERAH ALLAH'. macam best untuk ditonton.

meh sini nak kongsi kongsi dengan korang. nama ustaz penceramah ni Ustaz Hanafi Abdul Malik. best je tengok muka dia, senyummmmmm memanjang :). sejok hati hihi. Ustaz tu kasi petua macam macam.

Pertama ada kene mengena dengan surah Al-Fatihah. Ada satu kes ni, seorang ibu datang jumpa ustaz ni cerita masalah anak dia. anak dia ni belajar oversea tp tak habis, kawen dgn org sana. selalu keluar masok gereja. tak penah balik sejak kawen. ibu ni sudah sedih mengenangkan naseb anak dia. ustaz hanafi cakap "puan, puan amalkan apa yang saya akan ajar ni. tiap kali puan baca surah al-fatihah dalam solat, lepas je baca ayat ke-4 (iyyakanakbuduwaiyyakanasta'in), puan tarik nafas perlahan lahan dan berdoalah 'KEMBALIKAN ANAKKU'(doa dlm hati). baca fatihah perlahan lahan, kene tau setiap makna ayat dlm surah fatihah. tarik nafas perlahan lahan setiap satu ayat tu". Tak lama kemudian ibu tadi jumpa ustaz hanafi bitau yang anak dia telah kembali kepada dia. anak dia dah balik rumah dah. Menurut Ustaz Hanafi, berdoalah apa yang kita nak doa sekalipun selepas ayat ke-4 itu, insyaAllah Allah akan tunaikan :)

Ada pemanggil call bitau dia pun amalkan apa yang ustaz ni buat. dia amalkan sepanjang dia mengandung sampai la hari ni, alhamdulillah semua anak anak dia berjaya dalam hidup, anak anak dia menyenangkan hati dia. sejuk perut ibu mengandung :)

cerita ke-2: (ini petua mendapat anak bagi mereka yang belum ada rezeki baby lagi)

Ada sorang caller ni mintak pendapat ustaz. dia pernah hamil tapi kandungan hilang (aku tak faham apa maksud dia kandungan hilang huhu tp ustaz ckp tu biasa kandungan hilang). sekarang dah lebih 10 tahun kalau tak salah aku dia ckp dia tak de rezeki baby. dia tanya pandangan ustaz kalau dia amek anak angkat yang datang dari hasil zina. ustaz pun jawab, "kalau boleh jangan dulu amek anak angkat, cuba amalkan petua ni. amalan orang arab. segenggam kurma di blend dengan segelas susu kambing, minum awal pagi. sekali tu je blend. lepas tu, hari berikutnya amalkan makan kurma dan susu kambing. amalkan setahun, kalau lepas tu tiada jugak rezeki, boleh la ambil anak angkat". tapi ustaz tak galakkan amek anak angkat hasil dari zina sebab sedikit sebanyak ada kene mengena dengan peribadi anak tu. tak banyak la tapi. kalau boleh elakkan.

cerita ke-3:

Seorang pemanggil ni cerita pasal anak dia yang kecik kecik dah suka amek barang orang, kadang kadang amek pensel la pemadam la. dia pun tak tau kenapa anak dia macam tu. Ustaz pun menjawab "tiap kali anak dah tidur, baca satu ayat kt dalam asmaulhusna tu, 'YA SHAHID' sebanyak 319 kali dan tiup kat ubun2 anak. ayat ni mengelakkan anak anak melakukan jenayah macam zina ke mencuri ke dan sewaktu dengannya". Ustaz cakap buat kat baby baru lahir, insyaAllah dia tergolong dalam orang yang baik baik, insyaAllah :)

tetibe rasa macam banyak lagi nak kongsi kongsi tapi adalah malas nak taip haha! bukan kedekut ok tp tu la, kemalasan pula.

secara ringkas, korang amalkan surah AL-INSYIRAH. surah itu adalah sangat bagus, boleh lapangkan dada, kalau ada masalah hutang piutang pun bagus amalkan surah ni pastu kalau nak kasi anak anak suka tengok muka kite pun amalkan surah ni. pssstt, cekgu cekgu pon bagus amalkan supaya anak murid suka tengok kite, sejuk je dengar cekgu cekgu mengajar. Korang pegi tengok makna surah tu k. lepas tu ustaz cakap dalam mendidik anak, amalkan 7 P tapi aku dah tak ingat semua haha. apa kata korang tangok kat tv9 online (http://www.tv9.com.my). amalan 7P tu sgt menarik pastu mak aku memang amalkan dan memang la menjadi. lihat anak dia yang baik ni :p. (alhamdulillah)

pastu bahagian ketiga aku belum tengok lagi. tak sempat nak tengok bahagian 3 hihi. jadi jangan lupa tonton tv9 online ituuuuuu~~


Links to this post

Manfaat Surah Alam Nasyrah dan Petua Mendapatkan Zuriat

by WE HATE MANGGA MAGAZINE on Friday, May 14, 2010 at 10:09pm
MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH

Sebentar tadi saya selesai menonton Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek (cuba cari profile FB beliau, tapi tak jumpa). Tajuk menarik untuk hari ni - ANAK ANUGERAH ALLAH. Topik yang saya kira sangat relevan memandangkan senario keruntuhan sosial dan cabaran-cabaran keibubapaan dalam membesarkan anak-anak.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan konsep pendidikan berlandaskan agama adalah yang terbaik dan juga penyelesaian untuk 1001 macam permasalahan sosial. Semoga sahabat-sahabat dan mungkin saya juga (jika diizinkan Allah) mampu menjalankan amanah ini berlandaskan apa yang seharusnya bagi memastikan generasi akan datang, adalah generasi yang terpelihara dari 1001 macam cabaran masa kini.

Okay, saya sebenarnya nak kongsi beberapa ilmu yang saya peroleh sebentar tadi.

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

PETUA MENDAPATKAN ANAK

Menurut Ustaz Hanafi Abdul Malek, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan anak, minum segenggam kurma yang dikisar bersama segelas susu kambing. Sekali seumur hidup juga sudah mencukupi.

Selain itu, amalan makan 7 biji kurma dan susu kambing juga memberi banyak manfaat untuk kesihatan.

Selamat mencuba & maaf kalau saya ada tersilap di mana-mana.

Thursday, November 10, 2011

BAWANG PUTIH UBAT BATUK MUJARAB


CARANYA :

  1. AMBIK BAWANG PUTIH DUA ULAS DAN LETAKKAN ATAS PEMAGANG IKAN DAN BAKAR ATAS DAPUR OVEN
  2. BAKAR KIRA-KIRA KULIT BAWANG ITU JADI GARING :) ATAU IKUT KORANG LAH YE
  3. LEPAS DAH GARING BUANG KULITNYA DAN MAKAN SAMPAI HABIS
  4. WAKTU YANG SEBAIKNYA KITA MAKAN IALAH WAKTU MALAM SEBELUM TIDUR
  5. ULANG LANGKAH DIATAS JIKA BATUK ANDA BERULANG :)
  6. JANGAN LUPA MINUM BANYAK AIR
  7. OPS..IA JUGA BOLEH MEMBUAT KAN ANGIN DALAM BADAN ANDA KELUAR :)
SELAMAT MEMCUBA!!!!

PENANTIAN ITU SATU PELUANG


DI MAJLIS perkahwinan anak seorang saudara di Skudai, Johor Bahru, saya bertemu Azemi, seorang rakan sekolah dan sekampus. Beliau seusia dengan saya. Walaupun sudah melebihi 55 tahun, pergerakannya masih pantas dan cergas seperti di usia mudanya.


Dari belakang, tubuh Azemi kelihatan seperti lelaki yang berusia 30an. Kalau dari hadapan, dia masih tidak kelihatan seperti warga emas. Walaupun berkaca mata dan ada uban sana-sini di kepalanya, dagunya belum lagi berlapis. Dan, tidak ada lebihan lemak di perutnya. Itulah yang menjadikan dia seperti lelaki berusia 40an.


Di majlis itu, Azemi sibuk mengangkat pinggan hidang, menyusun kerusi, mengelap meja dan membersihkan tempat membasuh tangan. Kerjanya lebih pantas dan komited daripada petugas katerer tuan rumah. Sambil meletakkan hidangan, Azemi akan menyapa para tetamu dengan mesra. Seolah-olah dialah tuan rumah.


Sebaik sahaja dia duduk melepas lelah di bawah pokok, saya ambil kesempatan mendekatinya. Banyak status terkininya yang saya tanya. Bekas ketua darjah di sekolah dan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di kampus ini masih aktif dengan kerja-kerja sukarela. Namun, dia tidak aktif berpolitik atau berNGO. Sebaliknya dia bergerak tanpa menyertai mana-mana pertubuhan sebegitu.


Azemi sudah punyai dua orang menantu dan empat orang cucu. Dia kini adalah Pengerusi PIBG di sekolah anak bongsunya, bendahari surau di kariahnya, masih menerima tempahan rekabentuk grafik seperti mencipta logo, kepala surat, kad niaga, kad kahwin, brosur dan banyak lagi kerja-kerja yang memerlukan dia bersengkang mata. Semuanya dia lakukan secara suka-suka untuk meremajakan mindanya walaupun dia telah meninggalkan dunia pengiklanan 10 tahun lalu.


Sekurang-kurangnya sekali setahun, Azemi akan membantu kawannya yang mempunyai syarikat haji dan umrah, membawa jemaah menunaikan ibadah. Dia mengusahakan tiga hektar dusunnya di Hulu Tiram, dan akan ke pasar setiap Ahad kerana padanya, hari itu adalah hari rehat buat isterinya.


‘Tak penat, ke? Bila masa engkau berehat, Mie?’ tanya saya. Soalan saya hanya dijawabnya bersama sebuah senyuman. ‘Sebenarnya, selain daripada waktu tidur dari jam 11.00 malam hingga 4.00 pagi, aku berehat lebih daripada dua jam pada siang hari.’ ‘Engkau sempat tidur siang?’ tanya saya lagi.


‘Bukan macam tu,’ katanya. ‘Masa tunggu kereta aku dicuci, aku baca surat khabar. Masa tunggu cucu aku keluar sekolah, aku tidur dalam kereta, sementara tunggu waktu Isyak kat surau, aku mengaji, masa tunggu berita bila keluar iklan, aku tolong bini aku cuci pinggan, masa tunggu di bank, aku buka iPad, masa tunggu lampu trafik pun, aku sempat potong kuku! Banyak yang boleh aku buat semasa menunggu apa-apa pun.’


Apa yang diperkatakan oleh Azemi, bukanlah suatu perkara baru. Malah ia dianggap common sense. Waktu menantilah masa yang paling baik untuk melakukan sesuatu agar tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Tetapi, berapa ramaikah yang dapat memanfaatkan waktu sebegitu?


Ramai di antara kita sering mengadu, tidak cukup masa untuk melakukan banyak perkara. Sedangkan masa itu sentiasa diperuntukan untuk semua orang. Tidak ada sesiapa pun yang diberi 25 atau 30 jam sehari agar dia boleh melakukan semua yang dia hendak siapkan pada satu-satu hari. Sebaliknya, tiada sesiapa yang diberi hanya 20 jam sehari, untuk dia jadikan alasan yang dia tidak cukup masa.


Jika kita mencari masa, ia sentiasa ada. Seperti Azemi, dia lakukan hal-hal peribadi berselang-seli ketika dia rutin harian. Melayari internet, membaca akhbar, memotong kuku, membasuh pinggan dan tidur adalah hal-hal peribadi yang Azemi lakukan ketika dia menanti sesuatu. Oleh kerana ia hal peribadi, dia dapat merehatkan mindanya meskipun pada mata kasar, ia adalah sesuatu yang biasa bagi orang lain.


Apa yang Azemi lakukan pada masa yang kita tidak anggap waktu rehat adalah sesuatu yang produktif. Lihatlah di sekeliling kita, betapa ramai di antara mereka yang melahu dan melangut ketika menanti. Perbuatan itu cepat membosankan hingga ada yang beranggapan penantian itu satu penyiksaan. Padahal, penantian itu peluang. Kerana itu, mengapa menanti?


‘Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kepada kebenaran dan saling menasihati kepada kesabaran.’ (Surah al-asr: 1-3)

http://maafcakap.blogspot.com/

Wednesday, November 9, 2011

CONTOH SURAT MOHON KERJA

nama

alamat

ic

No hp

Pengarah, Sumber Manusia

Jabatan Kesihatan Daerah

Daerah Kuala Berang

25600, Kuala Berang, Terengganu

20 Mei 2008

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI PEMBANTU PERIBADI/SETIAUSAHA

Perkara di atas dirujuk.

Saya seperti yang bernama di atas, dengan sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Pembantu Peribadi/Setiausaha di organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan pemengang Ijazah dalam bidang Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARA Malaysia, UiTM, Shah Alam. Saya telah menamatkan pelajaran saya pada bulan Julai 2008.

3. Buat masa ini, saya menggalas jawatan sebagai Pembantu Tadbir di Kulim Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta yang berkecimpung dalam bidang pembuatan dan juga hartanah. Jawatan yang saya sandang sekarang adalah merupakan jawatan sementara dan saya kini dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap.

Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

..............................

SALAMON BIN SALAMAT

CONTOH SURAT RAYUAN

alamat

nama

ic

No hp

Tarikh:

Pengarah

Kolej

(u.p.

Tuan,

RAYUAN KEMASUKAN KE PROGRAM SIJIL MODULAR PENGOPERASIAN HOTEL

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memohon untuk membuat rayuan kemasukan ke program Sijil Modular Pengoperasian Hotel untuk sesi Julai 2011 ini.

2. Untuk pengetahuan tuan, saya amat berminat dan berharap untuk belajar dalam program ini seterusnya memperolehi Sijil Kolej Komuniti. Bagi memudahkan pihak tuan, saya lampirkan bersama Siji Pelajaran Malaysia dan sijil-sijil Ko-kurikulum.

3. Saya amat berharap rayuan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan daripada pihak tuan. Segala kerjasama dan maklumbalas daripada pihak tuan berhubung permohonan saya ini amatlah saya hargai.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

---------------------------------

( )