Saturday, January 5, 2013

nasihat

Marilah kita mengambil iktibar dari peringatan Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. kepada panglima tentera Islam Sa`ad ibn Waqqas r.a. dalam menghadapi tentera Farsi sebelum meletusnya Perang al-Qadisiyyah:
“Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersama mu agar berTAKWA kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan. Sesungguhnya TAKWA adalah sebaik-baik persediaan dan strategi paling kuat di dalam peperangan. Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersama mu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus di kalangan kamu sendiri, lebih dari maksiat musuh-musuh kamu. Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka. Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah SWT. Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka. Kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka miliki. Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita.”

sumber :fb titm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.