Thursday, November 3, 2011

TALAK BUKAN PERKARA MAIN-MAIN




Seorang lelaki 40-an dan isteri 40-an hidup bahagia dengan perkahwinan dalam 20 tahun. Dikurniakan 5 anak yang sedang belajar. Lelaki kerja swasta dan isteri dia surirumah sepenuh masa. Isteri dia ada juga terlibat dalam sedikit perniagaan jualan lansung bersama kawan-kawan dia untuk mengisi masa lapang. Lama kelamaan, isteri semakin kerap keluar rumah dan suaminya jadi kurang senang dan wujud perasaan cemburu.

Suami kata, kalau nak keluar rumah, perlu minta izin dari suami. Lepas tu, isteri ikut juga tapi kekadang tu ada juga dia keluar rumah tanpa izin. Maka suami rasa tak puashati dan beberapa kali bertengkar. Sehingga satu hari, suami telah mengeluarkan kata-kata,

"Lepas ini, kalau awak keluar rumah tanpa izin saya, jatuh talak tiga". Kata suami dan didengar oleh isterinya dalam rumah.

Isteri sedar dan tahu serba sedikit hukum syarak dalam bab cerai secara taklik ini. Dia pun, setiap kali hendak keluar rumah, pasti minta izin dari suami melalui bersemuka, telefon atau sms. Bagaimanapun, selepas 5-6 bulan, isteri keluar rumah pada satu hari tanpa minta izin suaminya. Hari itu, dia minta izin tetapi suaminya tidak benarkan dan isteri keluar juga.

Selepas itu, isteri rasa bersalah dan memberitahu kepada suaminya sehari selepas berlaku. Suami hadir ke pejabat kadi dan merujuk kes ini. Ulasan pegawai menyatakan, keputusan akan diputuskan oleh mahkamah syariah. Bagaimanapun, pegawai berkenaan menyatakan kes ini serius dan pasangan ini diminta tidak tinggal serumah lagi sehingga mahkamah memutuskan status perceraian dan jumlah talak.

Kedua-dua suami dan isteri ini menyesal atas perkara yang berlaku ini dan hanya mampu menangis. Suami kata, dia masih sayangkan isteri dia dan dia cakap macam tu pun sebab dia sayangkan isteri dia.

http://kadikluang.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.