Wednesday, November 16, 2011

hantar sms percuma seluruh dunia

GottaSend ialah salah satu laman web yang menawarkan perkhidmatan sms secara percuma kepada mana-mana nombor telefon di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Selain GottaSend, laman web yang cukup dikenali sehingga kini dalam menyediakan perkhidmatan yang serupa adalah mostSMS.com.

Perbezaan ketara yang dapat anda lihat pada GottaSend ialah anda tidak memerlukan pendaftaran untuk menghantar pesanan, tiada iklan diletakkan pada pesanan yang dihantar, menulis teks sebanyak 320 patah perkataan, dan yang paling diminati ramai termasuk saya sendiri, pesanan yang dihantar tidak disertakan nombor anda malah boleh meletakkan nama gantian atau nama samaran padanya semasa hendak menghantarkan pesanan.

Servis yang akan ditawarkan di GottaSend kelak akan membolehkan anda menghantar Multimedia Message dan juga Template Message. Malah versi bagi peranti mudah alih sedang dibangunkan bagi memudahkan penghantaran sms di telefon bimbit anda. GottaSend memerlukan anda memasukkan sistem Captcha sebelum membuat pesanan.

Ini kerana sebelum ini mereka telah menerima sejumlah mesej spam dan telah menyebabkan server mereka lumpuh seketika. Dan kini diharap dengan sistem Captcha yang ada dapat sedikit sebanyak mengurangkan mesej spam dan membuatkan perkhidmatan yang disediakan oleh GottaSend terus berjalan seperti biasa.

Anda boleh mencuba perkhidmatan GottaSend sekarang di SINI

Nota Kaki : Kalu xde captcha dah lama saya buat sms spammer version baru. kah3. Bagi yang belum mencuba mostSMS Program Version 2. Sila search di blog saya dan memuat turunnya sekarang. Terima kasih

sumber : http://www.cybernetic88.com/menghantar-sms-percuma-ke-seluruh-dunia-dengan-gottasend-com.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.