Sunday, October 16, 2011

Tangkap screenshot dengan mudah menggunakan Greenshot

perisian screenshot yang bagus yang dipanggil Greenshot. Dari segi fungsi yang ditawarkan, ianya sangat menyerupai FastStone Capture di mana anda boleh:

  • Menetapkan kawasan yang ingin ditangkap secara manual (Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan tetingkap (Alt + Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan skrin (Ctrl + Prt Scr)

_2011-10-10_10-31-03

Greenshot juga menyediakan editor untuk anda menyunting gambar yang telah ditangkap. Anda boleh menambah anak panah, garisan, perkataan, dan banyak lagi.

Greenshot merupakan sebuah perisian yang sangat fokus dan minimal. Dari segi antaramuka, selain daripada editor, antaramuka Greenshot hanyalah sebuah ikon pada taskbar. Dari segi fungsi pula, Greenshot hanya memiliki fungsi yang penting sahaja dan tidak menyemakkan dirinya dengan fungsi-fungsi lain yang kurang berguna (seperti apa yang berlaku pada SnagIt). Yang paling penting sekali, Greenshot adalah percuma dan sumbernya adalah terbuka, sebab itulah ia menjadi perisian screenshot pilihan saya kini.

muat turun Greenshot di sini.

sumber:sembangkomputer.com



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.